Khamis, 7 Mei 2015

Reformasi Hati 4 ( Kata2 Hikmah )

💖 Reformasi Hati  kali ke 4💖

Khamis,

9/4/ 2015 m
19/6/1436 h

✨"Tanda rosaknya hati ialah apabila seseorang tidak mampu mengenal mana yang hak dan mana yang batil."✨

"Seronok jadi bintang, tak ada siapa boleh pegang"

Tapi lagi seronok jadi matahari, tak ada siapa mampu pandang."☀

💎Belajar kerana Ilmu, dari ilmu kita kenal,
setelah kenal berputik sebuah cinta💎

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut
adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Jagalah perkataan kita.

🙇Kerana secebis impian, Lahirnya sebuah perjuangan 💪

Jangan anggap satu ayat tu bukan ilmu kerana Rasulullah pernah bersabda “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

P/S ; ayat yang bermanfaat lah tu 😉

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

👬Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. 👬

kerana kita bersaudara sebab tu kita tolong-menolong sesama insan. 👬

Tidak ada halangan bagi seorang hamba nak kembali pada Allah. Kita berhubung terus dengan Allah SWT.

Apabila berasa letih tentang hal dunia , rehat kan diri dengan beribadah kepada Allah... InsyaAllah akan berasa tenang 😁

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Jaga lah hati orang ❤ , insyaAllah tidak akan 'sakitnya tuh di sini' 💔

Kematangan ialah apabila seseorang itu dapat mengkaitkn dirinya dgn akhirat

#stay mature bro😎😅

Risau dgn dunia adalah kegelapan bagi hati
Risau dengan akhirat adalah cahaya bagi hati

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

#Silau geng 😎🌞

Mati dan jodoh di tangan Allah. Aneh sungguh. Anak muda masa kini sering cakap tentang jodoh, tapi amat sedikit yang bicara tentang mati. ✨

" Sebesar2 keaiban(keburukan) adalah kmu mengira keburukan org lain sdgkan keburukan itu terdapat dlm dirimu sendiri  
                             -Imam Syafie "

" Janganlah jadikan Allah sebagai pilihan yg terakhir apabila menghadapi masalah dan memerlukn pertolongan bahkan haruslah menjadikn Allah pilihan yg pertama"

" Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya. "

"Ujian tu boleh menggugurkan dosa jika kita sabar, sama seperti emas yang awal-awal kotor ianya di panaskan dengan api untuk mendapatkan emas yang berkilau. Oleh itu, Ujian boleh mengubah kita daripada baik kepada yang lebih baik. Sabar ye kawan."😉 "

" Siapapun kita dimasa lalu bukn beerti kita tidak berhak menjadi muslimin/muslimah yg lebih baik "

" Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya. "

" # Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.# "

" # Usah berkecil hati dgn teguran yg diberi tapi lihatlah ia sebagai motivasi dan cabaran bagi kita untuk menjadi lebih baik # "

👑Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati. 🙇

" Situasi benar :-
Bila kan jumpa galpren : be lawa2 ku ih... Pakai suit kali baik ?
Bila jumpa boss : ah ~ mesti pakai baju kemeja ni... Tuck in tah ku jua ih...
Bila solat : hmm... T-shirt pun T-shirt lah... Seluar bubus ! Nda apa lah...
So ~ paham2 lh ~ 😉
#UntukRenunganBersama # "

" 🐜🐜Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 🐜🐜 #

" Manusia biasa…
Bila disakiti dengan kata-kata…
Dia akan balas dengan kata-kata…
.
Tapi manusia luar biasa…
Bila disakiti dengan kata-kata…
Dia akan diam seribu bahasa…"

🌍 " Dunia biarlah berpenat,,Akhirat tempat aku berehat" 🌍
《Ahmad Ammar 》

#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan