Khamis, 7 Mei 2015

Reformasi Hati 3 ( Kata2 Hikmah )

💖 Reformasi Hati kali ke 3 💖

Selesa,

7/4/ 2015 M
17/6/1436 H

Dah tiba pukul sembilan
RH dah nak bermula
mari kita mulakan
semua dah sedia?
-Hasil pena, Md Amin

Kalau seseorang peluk Islam, kita jgn panggil dia "convert to Islam" tapi, dia "REvert to Islam" ✨

" Syabab..

nanti bila kita nak berubah, kadang kala kita akan jatuh..

percayalah …

tapi kita kena sentiasa bersabar dan kuatkan hati … teruskan berdoa supaya terus istiqomah =) nanti bangun semula kita akan teguh … In shaa Allah …  :) "

Iman memang tidak menjamin untuk selalu tertawa dan melimpah harta. Tapi yang pasti iman menjamin kita untuk selalu merasakan sayangnya Allah swt dalam berbagai warna dan rasa.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Jadikanlah masalah itu sebagai tanda cinta Allah pada kita...bukan sebagai bebanan.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum
baunya

Jika kita hadapi masalah , bersabar lah kerana sabar itu separuh daripada iman 😉

"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan."

(ImamAl-Ghazali)

☆ミ☆彡☆ミ☆彡☆ミ☆彡
Apabila Hati terasa kosong..
Apabila Hati terasa sepi..
Apabila Hati terasa sempit..
Apabila Hati terasa gelap..
Apabila Hati terasa jauh dari YG MAHA AGUNG..
.

Didiklah HATI …
TarbiyyaH HATI …
NAsihatkan HATI …
Dengan cara ZIKRULLLAH..
Hati akan jadi tenang …
Hati akan rasa ringan …
Hati akan dapat Nur illahi
Hati akan terasa bahagi...
.
Dengan KALIMAH ALLAH …
LA ILLAHA ILLALLAH 😊
☆ミ☆彡☆ミ☆彡☆ミ☆彡

Dan barangsiapa yang lari dari pentengkaran, Allah menyediakannya mahligai dalam syurga, Allahu 'alam

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Hati ini milik Allah, Tak tenang? Ingat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikrullah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

"Berpegang kepada Al-Quran dan as sunnah umpama cahaya matahari yang mempunyai keupayaan sebagai satu-satunya sumber yang mampu melenyapkan langsung kegelapan-kegelapan yang menyelubunginya."

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Tidak kira umur , kita mesti menuntut ilmu kerana ia nya sangat berharga . Bukti nya ? 3 perkara yang di bawa mati , ialah :
1) doa anak yang soleh
2) semua sedekah dan amal jariah
3) ilmu yang di manfaatkan

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini🌎 kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.. 😁😁

"Nyawa seperti pena, kita gunakan pena untuk menulis kebaikkan seperti Ilmu. Apabila pena habis, Maka tak dapat kita menulis ilmu. Sama juga seperti kita, selagi kita bernyawa selagi itu kita melakukan perkara berkebajikan."

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 😔

Teman yang paling akrab adalah AMAL.✨

Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.🙊

Bahasa yang paling manis SENYUM.😄

Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.😌

Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Jaga lah pertuturan mu kerana ia boleh menjadi satu doa...

'Sejahat-jahat pencuri adalah mencuri dari shalatnya.' Para sahabat bertanya. 'Wahai Rasulullah bagaimana mencuri dari shalat?' Rasulullah berkata. Dia tidak sempurnakan ruku dan sujudnya.

❤️ Allah adalah kekuatan.untuk mencari kekuatan,carilah Allah ❤️

"Jangan takut apabila kamu melakukan kebaikkan walaupun hanya kamu seorang saja yang melakukannya"

Mengapa kita rasa diri kita sudah tidak dapat di perbaiki dan tidak dapat bertaubat lagi setelah melakukan dosa ? Ingat lah , Allah benci akan dosa bukan pada pendosa itu...

" Jangan pandang ke belakang.. Sentiasa pandang ke hadapan.. Kerana dihadapan kita adalah lebih baik dri blakang kita.. Jangan pula kita melihat ke atas kerana ia seperti org yang memikirkan diri sendiri "

" Jangan sahaja hebat di pentas dakwah, kerja2 rumah juga perlu diambil kira, ikutlah contoh tauladan kita, Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam😎👍 "

"Dunia ini bukan tempat tinggal, Dunia ini hanyalah layaknya jalan menuju kampung Halaman(akhirat)"
| Al-Imam Al-Haddad |

Membuat kerja biar yang baik bukan yang dilarang oleh Allah

" Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya "

Tak kira sama ada kamu Samseng kah, Penyanyi Rock kh, Kaki ulat buku kah, Solat 5 waktu jangan ditinggalkan sebab tiada solat tiada agama

" Di hadapan kita terbentang dua jalan.

Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti.

Tepuk dada tanya iman. "

[ Imam syafie ]

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan