Selasa, 12 Mei 2015

Reformasi hati 19 ( kata-kata hikmah )

💖 Reformasi Hati Kali Ke 19 💖

Selasa,

12.05.2015
24.07.1436


🔹 S.Apakah maksud sunat itu??

J: sunat ialah jika dibuat dpt pahala dan jika ditglkan RUGI.

Buang mind set tani 'jika dtglkan nda papa'

🔹 Biar sakit nya tuh di 'SINI' 💔 tentang perkara dunya 🌏 , jangan sampai sakit nya tuh di AKHIRAT 😨

🔹 Banyak yang gunakan #hashtag untuk berdoa , tapi adakah kamu benar2 berdoa ?

🔹 Dulu orang ikut sunnah kerana ianya sunnah,

tapi sekarang orang tinggalkan sunnah kerana ianya sunnah.

🔹 Kalau kamu ingin kebaikkan dari orang lain, buat dulu kebaikkan pada orang lain. Inginkan kasih sayang, beri dulu kasih sayang. Inginkan 'respect', 'respect' dulu orang lain.

🔹Ramai pelajar yang takut jawab persoalan d depan guru mereka di takuti salah.
Hairan , mengapa tidak ramai yang tidak takut untuk berbuat sesuatu kesalahan yang mendatangkan dosa .

🔹 Ingin kan kebahagiaan? pertama jangan biarkan Quran berhabuk dan kedua jagalah solat 5 waktu.
Maksud jangan biarkan berhabuk is dibaca, bukan di bersihkan 😂

🔹 Al-Quran is for yourself not for your shelf 🌝

🔹 Carilah Cinta Allah kemudian Allah akan menghantar orang yang sesuai untuk kitani. remember that akhis and ukhtis.

🔹 Ada kalanya kita patut berseorangan untuk mengingat tuhan, menerima cabaran, bersabar ketika diberi ujian, berzikir mempekukuhkan iman dan bermuhasabah atas setiap kesalahan yang telah dilakukan

🔹 Apabila debu-debu dosa memasuki qalbu, benih-benih dosa akan menumbuhkan perasaan ingin melakukan perkara yang tidak di sukai Allah. Buanglah benih tersebut dengan perbanyakkan istighfar.

🔹 Maafkan orang lain sebagaimana kita ingin Allah memaafkan kita. Redha akan sifat orang lain, sebagaimana kita ingin Allah redha kepada kita. Sayangi orang lain, sebagaimana kita ingin Allah sayang kepada kita.

🔹 Islam bukan pada nama sahaja, Islam sepatutnya pada amalan.

Allah dan Rasulullah bukan sekadar "Aku cinta Allah Dan Rasulullah"
Tetapi buktikan cinta kepada Allah dan Rasulullah dengan menjaga solat lima waktu, membaca Quran dan mengikuti Sunnah Rasulullah S.A.W

#MuhasabahBersama

🔹 Mobile meletup 📱,
Computer binasa 💻,
Jangantah pikirkan tentang itu 😊,
Shurga lagi selamanya 👍

🔹 JANGAN sesekali mencuba untuk membuka aib org WALAUPUN hanya perkara yang sekecilnya.

🔹 Kenapa takut mengikuti Sunnah Rasulullah?

🔸Takut kena ejek oleh orang terdekat kerana mengikuti sunnah?

Jawapannya : kerana ianya sunnah rasulullah s.a.w dan sebaik-baik contoh ialah Rasulullah s.a.w . Kata sayang Allah dan RasulNYA ~ tetapi kenapa inda ikuti sunnah baginda?

🔹 Bila diberi ujian bersabarlah dan bila diberi nikmat bersyukurlah

🔹 Walaupun seseorang atu kafir, tetapi ia bersedekah, Allah masih membalas dan memberinya ganjaran di dunia dengan memberinya kesihatan yang baik dan harta yang banyak. Bayangkan, ganjaran Allah kepada orang orang kafir sudah sebesar cematu, apatah lagi ganjaran Allah kepada orang orang Islam yang bersedekah? Subhanallah.

🔹 "Kita hidup hanya sekali" Kita hidup DUA kali. Sekali di dunia, sekali di AKHIRAT. Dunia hanyalah sementara 🌍, Akhiratlah yang selamanya.

#YALT #youactuallylivetwice

🔹 Setiap perkara ada hikmahnya, jadi bersabarlah selalu

🔹 Tuala hijau 💚
Tuala biru 💙
Syaitan mengacau 😈
Bacalah 3 Qul 3⃣

🔹 Hormati guru kita, Jaga adab. Jangan biadab. ☝

#reminderuntukdirianaterutamanya

🔹 Makan biar beradab 👍, jangan makan berpadat 🚫

#BrothersInDeenPTEM
#AllahWaRasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan