Isnin, 13 Julai 2015

Ramadan Akan Pergi

Ramadan akan pergi.

Mungkin ada yang bersedih dengan pemergian Ramadan, mungkin juga ada yang gembira. Sedih sejauh mana pun kita, Ramadan akan tetap pergi meninggalkan tarbiyahnya kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita di masa akan datang.

Semoga ketemu lagi Ramadan. Kami akan merinduimu.

p/s: Wujud ke orang yang betul-betul sayang pada Ramadan?

Khamis, 9 Julai 2015

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Jaga solat 5 waktu.

Tapi.. Ada juga orang yang solat, masih lagi buat maksiat. Macam mana tu?

Sebab ada something wrong pada solat dia. Apa yang something wrongnya?

1. Mungkin tak khusyuk,
2. mungkin solat laju macam Komuter,
3. masa solat asyik ingat awek / pakwe je,
4. solat pun ala kadar je,
5. solat lambat,
6. solat sengaja tak nak berjemaah,
7. dan lain-lain (you name it)

Allah dah janjikan solat PASTI dan PASTI akan cegah kita dari perkara keji dan mungkar. Kalau kita solat tapi masih lagi buat perkara keji dan mungkar (maksiat), maknanya solat kita tak betul la tu.

Maka siapa lagi yang maha menepati janji melainkan Allah?

Munafik

Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.

Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Sekali lagi,

Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu.

Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,

"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik.

Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia.

Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik.

Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2.

Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri.

Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !

Ahad, 5 Julai 2015

Reformasi Hati 36 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 36💜

Ahad,

05.07.2015M
19.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati..

Tajuk : Ujian

🔰Mempunyai banyak harta 💵 merupakan satu ujian 😞 dan bukan pula satu kemuliaan 😇 . Ia adalah untuk menguji tahap ke syukuran kita kepada Allah 🙌 . Jika ia adalah satu kemuliaan , mengapa Karun akhirnya binasa 😵😶 ?

🔰🍂Ujian itu hakikatnya peluang untuk kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi ALLAH 🍂

🔰Ujian itu adalah hadiah. Apabila kita di beri ujian maka bersyukurlah kerana Itu tandanya Allah sayang kita. ☺️

🔰✨ " Wahai orang2 yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat . Sesungguhnya , Allah bersama orang2 yang sabar. "
(2:153) 🌝

🔰Allah usik hati kita dengan ujian. Sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu dengan suara kita menyebut namanya "Ya Allah"

- Habib Ali Zainal Abidin -

🔰Apabila di timpa ujian , jangan berkata "Mengapa aku?!" , kerana itu ibarat kamu tidak redha dengan Qada dan Qadar yang Allah tentu kan .

🔰Jangan merasa bangga jika hidup kita tiada ujian. Kerana kita mungkin di beri ujian melalui kesenangan.

🔰Ujian kemiskinan 😣 dengan mudah kita menang ⭕ , kerana mudah untuk kita ingat Allah 😊 .
TETAPI 👀
Ujian kekayaan 😙 dengan mudah kita kalah ❌ , kerana mudah untuk kita lupa akan Allah 😨 .
#renungan

🔰Setiap ujian itu adalah peluang kita untuk mendekatkan diri kita kepada yang maha kuasa iatu Allah S.W.T

🔰"Tak sangka, ujian seteruk ni akan aku hadapi..."

Jangan cakap macam tu bro..tak baik, Allah beri sesuatu ujian tu mengikut kemampuan Hamba2Nya bersabarlah ya..tapi sebenarnya aku cemburu dkt kau...

"Cemburu? Kenapa pula? "

Sebab, Allah terlalu sayangkan kau sebab tu lah Dia(Allah) beri ujian yg berat2 dkt kau, Allah nak kau dekat sangat denganNya.

🔰Jika kita gagal setiap ujian yang kita lalui. Itu tidak penting. Yang penting ialah bangkit semula dari setiap satu kegagalan

🔰✨ " Allah does not burden a soul beyond their capabilities... "
(2:286) 🌝

🔰Ujian boleh mengubah kita daripada baik kepada lebih baik. 😊

🔰Di bulan ramadhan syaitan dibelenggu, tetapi Allah tetap uji kita.

🔰 Allah gives the hardest battles to his strongest soldiers .
So keep your head up 😊

#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

Jumaat, 3 Julai 2015

CARA DAKWAH SUPAYA TAK TERASA?

CARA DAKWAH SUPAYA TAK TERASA?
**

Ramai tanya saya:
"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:
"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.
Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!

3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!
Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.
Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.
Nabi Zakaria di gergaji.
Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.
Nabi Musa di buru oleh Firaun.
So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?
Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

Ahad, 28 Jun 2015

Reformasi Hati 35 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 35💜

Ahad,

28.06.2015M
12.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati..

Tajuk : Iman

🔰💌Sayyidina Abu Umamah r.'a meriwayatkan  bahawa Rasulullah s.'a.w telah ditanya oleh seorang lelaki, "Wahai Rasulullah, apakah itu iman?" Baginda s.'a.w bersabda, "Apabila kamu berasa gembira terhadap amalan baik kamu dan bersedih atas amalan buruk kamu maka kamu adalah seorang yang beriman." (Mustadrak Hakim)💌

🔰Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. "

🔰Kerana tipisnya Iman, kita terhasut di arus dunia.
Dengan Iman yang mantap, kita dapat menempuh lautan dunia.

🔰Buang itu ego

🔰Yang membezakan orang yang beriman dan tidak beriman ialah solat. Jika tak solat, takkan dapat kita merasakan Indah dan Manisnya Iman. 💖

🔰Orang yang beriman tentu akan solat 5 waktu 🙌 ,
Jadi adakah kita orang yang beriman 😗 ?
#renungan

🔰Jaga lah iman anda 🌝
Sepertimana anda akan menjaga berlian 💎 .

🔰Iman low? Recharge dengan membaca dan memahami Al-Quran.

🔰Ingat? Rukun Iman?

Rukun iman itu ada 6,
- beriman kepada Alloh
- beriman kepada malaikat- malaikatnya Allah
- beriman kepada kitab-kitabNya
- beriman kepada para RasulNya
- beriman kepada hari akhir
- beriman kepada qada dan qadar.

🔰Jadikan Ramadhan ini sebagai proses pentarbiahan hati untuk menjadi hamba-NYA yang lebih bertaqwa. Di bulan ini juga kita charge Iman kitani dengan amal ibadah.

🔰Cinta kpd Allah dan cinta kpd Rasulullah, tidak boleh di pisahkan 😊

🔰Hati ini tidak akan merasakan ketenangan apabila hati ini tidak beriman kepada-NYA.

Ingatlah, Allah Berfirman dalam surah Ar-ra'd ayat ke 28.

" Sesungguhnya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang "

🔰Dari Abu Hurairah Ra. berkata, Rasulullah Saw. bersabda, “Perbaharuilah iman kalian.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana cara memperbaharui iman kami, ya Rasulullah?” Rasulullah Saw. bersabda, “Perbanyaklah ucapan La ilahaillallah.” (HR. Bukhari).

#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

Khamis, 25 Jun 2015

Reformasi Hati 34 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 34💜

Khamis,

25.06.2015M
09.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati..

🔻Tajuk : Solat🔻

🔰Solat  5 waktu.. termasuk dalam rukun Islam 👍 maka Ianya adalah wajib dilakukan

🔰Alangkah baiknya jika kita bergegas untuk solat pada waktunya 🏃💨 , sepertimana kita bergegas untuk berbuka puasa 🌝

🔰📗"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang tetap mengerjakan solat, dan (juga) dari keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa kami." (Ibrahim 14:40)

🔰Puasa tetapi tidak SOLAT, itu adalah seperti membuat rumah tanpa tiang..

🔰SALAH is the first thing you will be questioned about, so do not make it the last thing on your mind

🔰Solat adalah tanda cinta Nabi dan Allah kepada umat manusia.

Solat adalah hadiah paling indah dalam masa hidup seorang manusia.

🔰"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" [2:153]

🔰Sedangkan Rasulullah yg memang masuk syurga lagi sembahyang.. indakan tani yg hamba biasa pulang inda sembahyang..  so Sembahyanglah wahai teman2 ☺

🔰sesibuk apapun , tunaikanlah solat kerana kalau tidak Allah akan penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari kemelaratan (kesusahan) :)

#JomMuhasabah

🔰solat adalah tiang agama..siapa yang mengamalkannya sungguh dia telah menegakkan agamanya siapa meninggalkannya sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya)

🔰Mengapa kita sanggup mengerjakan perkara sia2 berjam2 waktunya..tetapi sembahyang yg cuma mengambil masa 5-7 mins.. renung2kn lah 😉

🔰ingat :) ketenangan diri dapat diperolehi ketika kamu sungguh-sungguh mengerjakan solat

🔰solat adalah hadiah istimewa. kerananya, hati yang gelisah menjadi tenang

🔰Sembahyang adalah waktu diri kita  yang paling dekat dengan Allah.. iaitu ketika sujud yg terakhir.. maka berdoalah banyak2 kepadanya...

🔰Ingati lah islam itu luas dan indah 👌

🔰"A busy life make prayer harder...but prayer makes busy life easier"

🔰Buktikan cinta kita terhadap Allah tu .. melalui melakukan suruhannya :) terutama sekali Solat.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam berkali2 naik turun mengurangkan waktu solat kita dari 50 hingga 5 cuma kerana untuk kita..

apakah balasan kita untuk Baginda ?

renungkan : )

🔰Jangan pernah tinggalkan sholat karena ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin dihidupkan kembali hanya untuk bersujud kepada Allah

🔰sebelum solat fikirkanlah tentang satu perkara... "andai ini solat terakhirku" #TipsTingkatkanKhusyukSemasaSolat

🔰Lakukanlah solat selagi mampu.. jika sakit kaki..telah diajar kita cara sembahyanhnya... jika tidak dpt duduk, hanya melimpang..ada caranya untuk solat.. jika tidak dpt begerak.. ada juga caranya untuk sembahyang.. maka..apakah lagi alasan kitani untuk tidak sembahyang?

🔰Iblis Laknatullah tak mahu sujud pada MAKHLUK Allah sedangkan Kita ada yang  tak mahu sujud pada PENCIPTA Makhluk iaitu Allah.

Persoalannya siapa lebih iblis daripada si iblis????

🔰Ramai yg kata "Aku mau masuk syurga"  tetapi persoalannya.. mengapa cuma 'kata' tetapi tidak melakukan suruhan Allah.. jika kita hendak masuk syurga..kita harus berusaha mencari pahala dengan mengerjakan Perintah Allah dan mendapatkan Redha daripada Allah.. dan meninggalkan LaranganNya.. so sembahyanglah hehe salah satu perintah Allah tu ☺ termasuk lagi dalam rukun Islam tu..hehehe jgn sia2 kn  selagi masih hidup ani

#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

______________________________________

ﺟﺎﻟﺲ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺼﺪﻕ ﻭﺍﻟﻮﻓﺎﺀ
Bergaulah dengan orang yang jujur dan menepati janji

Syoknya membaca AlQuran

Tajuk : "Syoknya membaca AlQuran"

🔶Percaya kepada AlQuran :

🔸Ia merupakan rukun iman yang ke - 3 .
🔸Kepercayaan kepada ke lima2 rukun yang lain sangat bergantung kepada keimanan kepda Kitab Allah .
🔸AlQuran adalah imam kita .
▫ Aisyah ra : "Akhlak Rasulullah ialah AlQuran . Iaitu sesuai dengan adab dan budi pekerti AlQuran dan melaksanakan segala perintahNya."

🔶Cara mencintai AlQuran :

1⃣ Niat yg kuat .
2⃣ Belajar mengenal sifat2 hijaiyah .
3⃣ Mempelajari tajwid .
4⃣ Memperbanyakkan membaca AlQuran .
5⃣  Hadikan membaca AlQuran seperti ianya adalah satu kewajiban .
6⃣  Menghafalkan .
7⃣  Sabar .
8⃣  Menghormati AlQuran .

🔶keutamaan tilawah AlQuran :

1⃣Allah akan melimpahkan rezeki .
▫ (35:29-30)
2⃣penyembuh segala pnyakit .
▫ (10:57)
3⃣memperolehi perhatian Allah .
▫ Daripada Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah SAW bersabda : "Allah tidak menaruh perhatian terhadap sesuatu seperti perhatianNya terhadap Nabi ketika baginda melagukan AlQuran dengan suaranya yang indah dan keras." (Sahih Muslim)

Allahu 'alam

Rabu, 24 Jun 2015

Fi Sabilillah

Tajuk: Jihad Fi Sabilillah

✅Al-Hajj: 78,

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya)"

Apa dia jihad dgn sebenar-benarnya? Ada yg mengatakan ia adalah peperangan tetapi sebenarnya jihad ini luas maknanya. Kita di perintahkan oleh Allah untuk bejuang...bejuang untuk apa? Berjuang untuk menyebarkan, meluaskan lg agama Allah dgn sumber yg sohih, yang lurus, yang benar dan yang betul.

Jihad dari segi bahasa arab:
💠jahdu atau juhdu.
💠Tenaga atau kesusahan.

Jihad dari segi syarak ada 2 bentuk:
💠mengerah usaha
💠Tenaga

JENIS-JENIS JIHAD TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT:

1⃣JIHAD MELAWAN NAFSU

Jihad melawan nafsu ada 4:
💥Jihad dalam menuntut ilmu
💥Jihad mengamalkan  ilmu  yang  dipelajari  dan  berpegang  teguh   dengannya
 
Dari Abu Said Al-Khudri R.anhum meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah sallalahu alaihi
wasallam bersabda : Seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan
(ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (Sehingga maut menemuinya) dan
tempatnya ialah didalam syurga.
-(Hadith Riwayat Trimizi)-

Cahaya ilmu (nurul ilmi) tidak akan menetap dan tumbuh kecuali dalam diri manusia. Cuba
renungkan ayat “Dialah yang mengajari manusia apa yang belum diketahui!"
Maka, sesiapa yang kehilangan sifat kemanusiaannya, ia tidak akan bisa mendapatkan cahaya ilmu, betapapun usahanya mencari ilmu. Jika demikian, ilmunya hanya jasad yang kopong.
Madaratnya merusak alam lebih besar daripada kemanfaatannya

-Habib Ali al-Jufri-

Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila
engkau meminumnya. Begitu lah jika engkau belajar ilmu seratus tahun lamanya dan engkau
menghimpunkan seribu
buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dengan  mengamalkan ilmu. 

-Al imam ghazali, kitab ayyuhal walad-

💥Jihad dalam menyebarkan dakwah
💥Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah ke jalan Allah.

2⃣JIHAD MENENTANG HASUTAN IBLIS DAN SYAITAN

iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian  pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.
(Al-Araf : 16-17)

Bagaimana kita hendak melawan hasutan iblis dan syaitan?

✔Step 1:
Azam yang kuat  untuk memperbaiki diri sendiri

“Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu
kaum sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah al-Ra’d: 11)

✔Step 2:
Memahami ilmu dan petunjuk agama

✔Step 3:
Berpegang teguh dengan kebenaran

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Barang siapa yang berpaling daripada pengajaran Tuhan
yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah yang menjadi teman
yang selalu menyertainya.
(Surah al-Zukhruf: 36)

✔Step 4:
Mengukuhkan hubungan dengan Allah

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah apabila mereka
ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka
melihat kesalahan mereka.

(Surah al-A’raf: 201)

✔Step 5:
Berkumpul dengan orang-orang yang salih

Maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru tuhannya di
pagi dan senja hari dengan mengharap keredaannya (Allah), dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari (mereka) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah 18: 28)

✔Step 6:
Menggunakan neraca Allah dalam kehidupan

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir bergerak dalam negeri. Ini hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah al-Imran: 196 – 197)

Kita mesti selalu ingat seksaan kubur klau kita hendak lakukan sesuatu yg tidak baik. Ingat
semula apa sebenarnya tujuan kita berada d dunia yg fana ini?

Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda,إَ
“Sesungguhnya syaitan  bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam
tubuh badannya.”
-(Riwayat Bukhari dan Muslim)-

3⃣JIHAD MENENTANG GOLONGAN MUNAFIKIN

Golongan munafik terdiri daripada orang yang berpura-pura menganut Islam tetapi di dalam
hati amat memusuhi umat Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat
Islam dengan pelbagai cara. Antaranya, melalui penyebaran fitnah dan bekerjasama dengan
musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam.      

-> Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“wahai Nabi berjihadlah (menentang) orang kafir dan munafik itu dan bersikap
keraslah terhadap mereka. (Surah al-Taubah: 73)

Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah
“Jihad Orang Munafikin lebih susah daripada Jihad Orang Kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh
mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) daripada kalangan Umat Islam.”

4⃣JIHAD GOLONGAN AHLI BIDA’AH DAN PELAKU MAKSIAT

🌟a)Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bida’ah atau maksiat yang mereka lakukan, jika
tidak mampu.

🌟b)Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu

🌟c) Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya kerana Allah.

Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang bermaksud,
“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya;
jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan
itu adalah selemah-lemah iman”
(Hadith Riwayat Muslim).

5⃣BERJIHAD BERPERANG PADA JALAN ALLAH DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH

Allah berfirman Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan): kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh”

(surah Al-Baqarah, ayat 190)

Ahad, 21 Jun 2015

Reformasi Hati 33 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 33💜

Ahad,

21.06.2015M
05.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati..

Tajuk : Ramadhan

🔰Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam hadith qudsi:
“ Setiap amalan anak Adam itu adalah (pahala) baginya,
kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. ”
(HR. Bukhari)

🔰"This Ramadhan..dont just read the Quran but make sure you UNDERSTAND what you read"

🔰Janganlah dibulan Ramadhan sahaja kitani beribadah, teruskan ibadah kitani di bulan2 yg lain juga. 👍

🔰Puasa bukan setakat menjaga perut dari di masuki makanan dan minuman, tapi puasa itu termasuk juga menjaga mata, lidah, telinga, kemaluan, tangan dan kaki dari melakukan perkara yg di larang oleh Allah.

☝ "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" ☝

🔰👑BERBELANJA BESAR di luar kemampuan adalah satu tragedi pahit👑

🔰"This is the time where u reinvent yourself..the time to get tested..to test your will..your endurance..its time to test your HEART..to test your IMAN❗Its about NO DAYS OFF..no weekend no holiday..its about gaining all the good deeds..removing all the sins..its the time to REPENT...its time to Get Close To ALLAH...so do not waste your time in this RAMADHAN...there are no more Syaitan...No more EXCUSES...and make sure every single minute count❗

🔰Kelaparan menajamkan Fikiran tapi kekenyangan boleh menumpulkan Fikirkan


#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

Jumaat, 19 Jun 2015

Reformasi Hati 32 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 32💜

Jumaat,

19.06.2015M
02.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati

🔰 Ini reformasi hati. Kita bentuk semula hati kita. Bentuklah ia dengan iman, bukan nafsu. ✨

🔰 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-zbuahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (QS.2:155)

🔰 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS.2:216)

🔰 Ada orang gembira bertemu Lailatul Qadr kerana itu kurnia daripada Allah yang diberiNya kepada kita yang benar2 berpuasa. Manakala ada orang gembira bertemu Lailatul Kadai hanya untuk shopping bagi persiapan bulan syawal secara extravaganza. Maka raihlah puasa yang sebenar supaya kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadr.  😊😊😊

🔰 Allah pasti mendengarkan setiap hambaNya yang berdoa, dan mudah bagiNya merubah dari takdir ke takdir lain yang terbaik bagi kita

“Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a .” (HR Tirmidzi 2065)

🔰 "Dunia adalah setitik air di tengah lautan. Dunia adalah penjara mukmin dan surga bagi kaum kafir. Hiduplah didunia laksana musafir, menatap orang yang berada di bawah dan siapkan bekal untuk kematian"

🔰 Mata beku kerana hatinya keras
Hati keras kerana banyaknya dosa. Dosa banyak kerana kurangnya istighfar.
Istighfar kurang kerana DUNIA.

🔰 Not in mood. Buka Quran terus terbaca " nikmat Allah yang manakah lagi yang kamu dustakan? "

🔰 " bahagianya hidup dengan manisnya iman dan menjadikan Allah sebagai tujuan hidup.. Hidup di atas keyakinan dan ketergantungan.. Merendahkan diri serta bertawakal, sungguh segala sesuatu pasti kembali kepadaNya”

🔰 Jangan biarkan ⛔ hati yang bersih ❤ mempunyai tompok2 hitam 🔘 kerana amalan buruk mu 😰 .
Tentu tak ade yang mahu 🙅 hati nya menjadi seperti 💩 cicak , bukan 🌚 ~

🔰 Puasa tanpa solat seperti Rumah tanpa tiang..

🔰 Biar dunia di genggaman, jangan di masukkan ke dalam hati.
#jgncintaduniasahaja

🔰 Bila Allah tak makbulkan doa kau,
Kau cakap dunia tak adil.
Yang kau dahulukan gadjet dari solat,
Kau adil ke dengan Allah?

🔰 Untuk peringatan 👌 Janganlah di bulan Ramadhan barutah kitani buka Quran tetapi amalkan quran pada bulan2 yang lain juga. 👍

🔰 Ilmu adalah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati seseorang. Dalam meraih atau mencapai cahaya itu diperlukan Ittiba (mengikuti Nabi Muhammad ﷺ ) dan menjauhkan diri dari hawa nafsu serta perbuatan bid’ah

(Kata Imam Adz-Dzahabi)

🔰 Rasulullah s.'a.w diutus untuk menyempurnakan akhlak ummat. Bagaimana nak sempurna akhlak😅? Rasulullah s.'a.w adalah contoh akhlak terbaik di kalangan manusia oleh itu contohilah Rasulullah s.'a.w kalau nak akhlak sempurna ✨✨

🔰 ingin TENANG ?? Jangan bergantung dan berharap
kepada manusia.. 🌝 Cukuplah berharap kepada Allah Yang Maha Kuasa atas segalanya..

🔰 Ikhlas. Mudah disebut, payah kan buat. Niat kerana Allah pasti akan ikhlas. Persoalannya, kita buat sesuatu kerana Allah kah?

🔰 Tak percaya dengan kekuasaan Allah ❗❓
Coba kita pikirkan 💭 , batu dengan air , mana satu yang keras 💪 ❓❓❓ Setentunya batu 😎 ! Tapi kalo kita pikirin , bagemana air boleh memecahkan batu2 di sungai 💬 ~
Hebat bukan kekuasaan Allah itu 😍

🔰 Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan ADAB dan BUDI PEKERTI.

🔰 When you love the world,
You LOSE real love,
When you love ALLAH,
You GAIN absolute love.

🔰 Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh

Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung

Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN

🔰 Dekatkan hati dengan Allah.
Bersih hati, bersihkan fikiran.

🔰 Maut tak kenal usia dan pangkat. Bertaubatlah sebelum ajal menjemput mu

🔰 Pernah kita melihat ke dalam diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Allah? #MuhasabahDiri

🔰 Jangan biar hari hari kita berlalu tanpa ada perubahan dalam diri.

🔰 Allah created you, to long for him,
Allah created you to desire him,
Allah created you for one moment only,
And that moment is the day when you will meet Allah Subhanahu wa ta'ala.

🔰 Nak elakkan hati dari mati?
سبحان الله ,الحمد لله, الله اكبر
Rajin-rajin kan lah berzikir. 😊

🔰 Letakkan Iman di atas kepala,
Letakkan dunia di genggaman,
Apabila Iman goncang,
Lepaskan dunia dan pertahankan Iman di atas kepala.

🔰 Di bulan Ramadhan 🌙 , jangan banyak tidur 😴 ~ banyakkan amalan baik kita 😊 . Cuba kita bayangkan 💭 , waktu kita di akhirat kelak dan Allah soal kita "Apa engkau buat di masa lapang mu di bulan Ramadhan ?" . Apa jawapan anda 😓?
#renungan

🔰 Jika kita buat baik, tapi orang tak suka, TAK APA.

Yang kita cari ialah 'redha ALLAH' bukan redha manusia.

🔰 One week before Ramadhan. Buka Whatsapp, bnyak contact yg mminta maaf arah sahabat2.

Sblum tu, saya nak tnya. Kita sudah minta maaf atau belum kat ibu bapa kita? 😊

"Dahului Ibu Bapa kita terlebih dahulu" 😘

Reminder for me terutamanya 😄😊😊

#tersentap #relax #remindersantai #mintamaafkatsahabattutaksalah #loveIbu #loveAyah


#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

In shaa Allah jika nak share ,
Tafaddhol 😃👍.

Share ke group saudara mara, sahabat dan keluarga.

Semoga bermanfaat ♡

Selasa, 16 Jun 2015

Reformasi Hati 31 ( Kata2 Hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 31💜

Selasa,

16.06.2015M
29.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati

🔹Allah beri kita hidup 😊 86400 saat setiap hari 🌎 . Tapi adakah kita selalu bersyukur 🙌 dengan mengucapkan Alhamdulillah walau sesaat pun 😕 ?
#renungan

🔹Let's recharge our Iman 📶

🔹Jika kamu kehilangan seseorang, atau sesuatu. Itu satu peringatan buat dirimu, yg tidak ada satupun yg ada di dunia ini kekal . 📝

🔹Untuk lisan yang tak terjaga,
Untuk janji yang terabaikan,
Untuk hati yang berprasangka,
Untuk sikap yang menyakitkan,
Marhaban Ya Ramadhan,

Bila suci kembali tiba,
Kini saat tepat untuk mensucikan diri,
tanpa banyak cerita,
Mohon dimaafkan segala kesalahan.

Selamat menunaikan ibadah puasa pada hari khamis ini :)

🔹Tiga tanda kesempurnaan iman:

•Kalau marah, marahnya tidak keluar dari kebenaran.

•Kalau senang, senangnya tidak membawanya pada kebathilan.

•Ketika mampu membalas,ia memaafkan.

🔹Bukan senang nama kita nak ada didalam doa seseorang. Kalau ada tu, syukur. Hadiah terbaik.

🔹"Tali IMAN yg paling KUAT ialah CINTA kerana ALLAH dan BENCI kerana ALLAH." (At Tirmizi)

🔹tiada yang lebih baik dari dua kebaikan : Beriman pada Allah dan bermanfaat bagi manusia.

tiada yang lebih buruk dari dua kejahatan : Syirik pada Allah dan merugikan manusia.

🔹Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang terus menerus meski hanya sedikit. (Rasulullah ﷺ)

🔹Jangan sampai ayam jantan lebih pandai darimu. Ia berkokok di waktu subuh, sedang kamu tetap lelap dalam tidur. (Lukman Hakim).

#JomMuhasabah

🔹andai kata seseorang mau memikirkan kebesaran Allah, maka ia takkan sampai hati untuk melakukan perbuatan perbuatan dosa..

🔹JAGA PERGAULAN, kerana boleh jadi ILMU HILANG kerana pergaulan tidak dijaga.

🔹"A muslim shall never leave another muslim helpless in the time of need." - Rasulullahﷺ
👭 👬

🔹Muslim define as those which obeys His rule✳ and prevents from His warning🚫
Are u ready to be a REAL muslim?🍃

🔹Gersang bumi tanpa hujan,
gersang akal tanpa ilmu,
gersang hati tanpa iman,
gersang jiwa tanpa amal,
marhaban ya ramadhan.

🔹Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ada bersabda, “Sampaikanlah kebaikan walau satu ayat.” Tentu diri belum sempurna, tapi jangan berhenti. Lakukan untuk peringatkan diri.

🔹Dalam kesakitan teruji kesabaran,
Dalam perjuangan teruji keikhlasan,
Dalam ukhuwah teruji ketulusan,
Dalam tawakkal teruji keyakinan,
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan,
Selamat menunaikan ibadah Ramadhan.

🔹Jadikan ujian sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah 🌝

#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

MARI BELAJAR FIKIH (MAZHAB SYAFII)

🌹 MARI BELAJAR FIKIH (MAZHAB SYAFII) 🌹

--002--

📚 MACAM-MACAM PUASA

Puasa ditinjau dari hukumnya dibagi menjadi empat:

1⃣ 1. Puasa wajib. Yaitu dalam enam keadaan: puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa qadha, puasa kafarat, puasa pengganti dam dalam haji atau umroh, dan puasa yang diperintahkan penguasa sebelum shalat istisqa' (shalat minta hujan).

2⃣ 2. Puasa sunah. Dan ini adalah hukum asal puasa. Dibagi menjadi tiga:

➡ a) Yang berulang setiap tahun, seperti:
💐 ¤ Puasa Arafah (9 Dzul Hijjah). Dianjurkan bagi yang tidak berhaji. Keutamaannya adalah menghapus dosa tahun lalu dan tahun mendatang.
💐 ¤ Puasa Asyura (10 Muharram), ditambah sehari setelah dan atau sebelumnya.
💐 ¤ Puasa enam hari syawal.
💐 ¤ Puasa bulan haram, yaitu bulan Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.
💐 ¤ Puasa di sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah.

➡ b) Yang berulang setiap bulan, seperti puasa ayyamul bidh (tengah bulan hijriah), yaitu tanggal 13, 14, dan 15, serta puasa ayyamus suud (akhir bulan hijriah), yaitu tanggal 28, 29, dan 30.

➡ c) Yang berulang setiap minggu, seperti puasa senin kamis.

Puasa sunah yang paling afdal adalah puasa Nabi Daud AS yaitu sehari puasa dan sehari tidak.

3⃣ 3. Puasa makruh (dibenci), seperti puasa sehari saja pada hari jumat, sabtu atau minggu, dan puasa sepanjang tahun bagi yang khawatir mendatangkan mudarat bagi dirinya.

4⃣ 4. Puasa haram, ada dua macam:
➡ a) Haram tetapi tetap sah jika dilakukan, seperti puasa istri tanpa izin suami.
➡ b) Haram dan tidak sah jika dilakukan. Yaitu ada lima:
💐 ¤ Puasa pada hari raya idul fitri (1 Syawal).
💐 ¤ Puasa pada hari raya idul adha (10 Dzulhijjah).
💐 ¤ Puasa hari tasyrik (11, 12, 13 Dzulhijjah).
💐 ¤ Puasa setelah pertengahan Syaban (16, 17, dst).
💐 ¤ Puasa hari syak (ragu-ragu). Yaitu puasa pada tanggal 30 Syaban jika orang-orang memperbincangkan terlihatnya hilal Ramadhan sehingga menimbulkan keraguan telah masuknya Ramadhan. Atau ada yang bersaksi melihat hilal tetapi kesaksiaannya tidak diterima, seperti kesaksian perempuan atau anak kecil.

➡ Namun dibolehkan puasa pada hari syak dan setelah pertengahan Syaban dalam tiga keadaan:

▶ 1. Jika melaksanakan puasa wajib, seperti puasa qadha, nazar atau kafarat.
▶ 2. Jika bertepatan dengan puasa sunah yang telah menjadi kebiasaannya, seperti senin kamis.
▶ 3. Jika melakukan puasa yang bersambung sejak pertengahan Syaban. Misalnya seseorang berpuasa tanggal 15 Syaban maka boleh baginya untuk puasa tanggal 16, jika berpuasa 16 maka boleh berpuasa 17, dan seterusnya hingga akhir. Tapi jika terputus pada salah satu hari maka tidak boleh berpuasa hingga akhir bulan.

🌹💐🌹

📚 SYARAT SAH PUASA

Jika salah satu syarat ini tidak terpenuhi maka puasa seseorang tidak sah.

1⃣ 1. Islam, yaitu harus dalam keadaan muslim sepanjang siang. Jika murtad walaupun sejenak maka batal puasanya.

2⃣ 2. Berakal, yaitu harus dalam keadaan waras dan sehat akal sepanjang siang. Jika gila walaupun sejenak maka batal puasanya.
Adapun pingsan dan mabuk maka akan dibahas pada hal-hal yang membatalkan puasa.

3⃣ 3. Suci dari haid dan nifas. Jika datang haid atau nifas di tengah-tengah puasa maka batal puasanya meskipun pada detik-detik akhir dari puasa. Begitu pula jika suci pada siang hari maka ia tidak sah jika ia berpuasa, tetapi dianjurkan untuk menahan diri dari yang membatalkan puasa.

4⃣ 4. Mengetahui bahwa hari yang dia puasa di dalamnya bisa dilakukan puasa padanya. Jika hari tersebut adalah hari yang dilarang puasa maka tidak sah puasanya.

🌹💐🌹

📚 SYARAT WAJIB PUASA

Jika syarat ini terpenuhi maka wajib bagi seseorang untuk berpuasa.

1⃣1. Islam. Orang kafir tidak sah puasanya. Orang murtad wajib mengqadha puasa yang pernah ia tinggalkan selama murtad jika kembali pada Islam.

2⃣ 2. Taklif, yaitu seorang yang telah balig dan berakal.
Orang tua berkewajiban menyuruh anaknya untuk berpuasa jika telah mencapai usia tujuh tahun dan boleh memukulnya jika telah berusia sepuluh tahun.

3⃣ 3. Mampu, baik secara jasmani maupun syar'i. Secara jasmani berupa tidak sakit yang tidak bisa sembuh, atau bukan orang tua yang lemah.
Mampu secara syar'i berupa tidak dalam keadaan haid dan nifas.

4⃣ 4. Sehat badan. Sehingga tidak wajib bagi orang sakit, yaitu yang penyakit yang bisa menyebabkan kematian, atau terlambat sembuh, atau bertambah parah.

5⃣ 5. Mukim, yaitu bukan musafir yang melakukan perjalanan jauh (82 km). Musafir boleh tidak puasa jika melakukan perjalanan sebelum terbit fajar.
Bagi musafir berpuasa lebih afdal jika tidak menyulitkan, tapi jika menyulitkan maka lebih baik tidak berpuasa.

🌹💐🌹

Ahad, 14 Jun 2015

Reformasi Hati 30 ( Kata2 Hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 30💜

Ahad,

14.06.2015M
27.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati

🔹The highest level of fasting is to completely cut yourself off from that which distracts you from Allah

(Imam Ghazali)

🔹Ramadhan is about doing maximun amount of good deeds 😊🙌 , not consuming maximum amount of foods 😋🍗

🔹sahabat adalah mereka yang mampu mengeluarkan kemampuan terbaik yang ada dalam diri kita dan mereka yang selalu memberi kita semangat.

🔹Don't wait for ramadhan to be a better muslim. It will be wonderful if we start now. 😊

🔹berpuasa adalah separuh kesabaran dan kesabaran pula separuh dari keimanan 🙌

🔹Bila menyebut NERAKA tidak terasa GERUN, bila menyebut SYURGA tidak terasa akan NIKMATNYA, itulah tanda hati telah MATI atau BUTA..

Nauzubilaminzalik

🔹Ya Allah,bimbinglah aku kearah agamaMu, dekatkan hatiku padaMu, berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu, berilah aku cahaya kasih sayangMu dan janganlah sekali-kali Kau lalaikan aku, sesungguhnya aku hambaMu yang lemah

🔹tengoklah niat kita, adakah ketulusan di dalamnya?

jadilah mujahid yang sibuk hiasi diri dengan amal dakwah, jadilah pejuang yang selalu tegap menuju syahadah.

Allahu Akbar!!!

🔹"Sesungguhnya tidak ada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran." (Sayyidina Ali bin Abi Talib)

🔹barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

🔹Menyesal sebelum kembali atau menyesal setelah kembali? Ingatlah, umur itu singkat.👶👦👨👴😵 #NasihatUntukDiriJua

🔹🌙Andai kali ini Ramadhan yang terakhir 😢🌙

🔹pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah.

🔹Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.

🔹 📃Saat ujian menimpa mu, cuba bandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh Saudara-mara islam kita di luar sana seperti di Gaza dan Syria. Adakah kita terasa ujian kita inilah yang paling berat 😶?📃

🔹Kita di beri duit setiap bulan $50+ tapi tak pernah bersyukur 😒 ??? Liat lah mereka yg susah , $10 sebulan pun susah nak dapat tetap bersyukur 😧 ~ tak malu ke 😖 ?

🔹Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ(Syurga), dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).[50:35]


#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow Us at Instagram : @brothers_in_deen

Semoga bermanfaat ♡

Jumaat, 12 Jun 2015

Puasa

Dah nak masuk bulan Ramadhan ni, sya nak kongsi ilmu tentang puasa ne

⭐ ERTI PUASA

Puasa ialah menahan diri daripada makan,minum,dan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala.Begitu juga menahan diri daripada bercakap dan mendengar perkataan sia-sia,perkataan keji,perkataan menimbulkan syahwat dan menahan diri dari perbuatan2 lain yang membatalkan puasa.

⭐PEMBAHAGIAN PUASA

Puasa terbahagi kepada dua iaitu:

1: puasa Wajib
2: puasa sunat

⭐PUASA WAJIB.

👉Puasa di Bulan Ramadhan

Puasa dalam bulan Ramadhan ialah puasa yang di wajibkan oleh Allah Taala kepada seluruh umat islam yang telah akil baligh sebagai salah satu rukun islam kelima.Sesiapa yang meninggalkan puasa bulan Ramadhan maka wajib lah ke atas nya Qada' dan Kifarat.Sesiapa yang meninggalkan nya kerana uzur maka hanya di wajib kan Qada" sahaja tidak perlu kifarat.

👉 Puasa Qada'

Puasa Qada' ialah puasa yang Wajib di kerjakan menggantikan puasa Ramadhan yang di tinggalkan kerana sakit,musafir,haid,nifas,bersalin,atau sebagai nya.

👉 Puasa Nazar

Puasa Nazar ialah puasa yang WAJIB  di kerjakan apabila telah bernazar untuk memperolehi sesuatu yang di ingini.seperti contoh seseorang yang sakit telah bernazar akan berpuasa jika di beri kesembuhan,maka jika ia sudah sembuh WAJIB lah ke atas nya menunaikan puasa nazar nya itu.

👉 Puasa Kifarat .

puasa Kifarat ialah puasa yang wajib di kerjakan kerana melakukan perkara2 seperti berikut :

- Merosakkan puasa Ramadhan dengan bersetubuh di siang hari.Kifarat nya ialah Puasa dua bulan berturut2.

-Membunuh orang dengan tidak sengaja dalam bulan puasa.Kifarat nya puasa dua bulan berturut2.

-Mengerjakan sesuatu yang haram di lakukan semasa berihram yang tidak dapat di gantikan dengan sembelihan.Kifarat nya ialah puasa tiga hari.

-merosakkan sumpah dalam bulan puasa.Kifarat nya berpuasa tiga hari.

-menzihar isteri.Kifarat nya ialah berpuasa 2 bulan berturut2.

⭐ PUASA SUNAT.

Puasa Sunat ialah puasa yang di kerjakan semata-mata mengharapkan balasan pahala dan keampunan dari Allah.Puasa sunat ini boleh di kerjakan pada bila2 masa saja jika ada upaya kecuali pada hari yang di larang berpuasa.

⭐ JENIS-JENIS PUASA SUNAT

-Puasa Enam.

-Puasa Awal bulan Zulhijjah dari 1 hingga 8 zulhijjah.

-Puasa pada hari Arafah iaitu 9  Zulhijjah.

-Puasa pada 9 Muharram

- puasa pada hari Asyura.iaitu 10 muharram.

-puasa pada bulan Rejab..beberapa hari yang kuasa.

-Puasa pada Bulan Syaaban kecuali pada hari Syak iaitu 30 syaaban.

-puasa tiap hari isnin dan khamis

-puasa pada hari putih iaitu 13,14 dan 15 Qamariah (bulan hijrah)

⭐ RUKUN PUASA

* Berniat puasa

*menahan diri dari makan minum dan perkara membatalkan puasa.

⭐  SYARAT WAJIB PUASA.

* Islam

* Mukallaf (akil baligh dan berakal).Tidak wajib ke atas orang yang tidak berakal,gila,pengsan dan tidak wajib ke atas kanak2 yang belum baligh.

*Suci dari Haid dan Nifas

*menetap (bukan musafir).orang dalam bermusafir tidak wajib puasa tapi wajib ke atas nya Qada puasa jika meninggalkan puasa nya ketika bermusafir.

*kuasa ( orang yang lemah,sakit,uzur,tidak di wajib kan puasa)

Khamis, 11 Jun 2015

Reformasi Hati 29 ( Kata2 Hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 29💜

Khamis,

11.06.2015M
24.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati

🔹🌏 Dunya tempat kita meninggal  ,
Akhirat baru tempat kita tinggal . ✨

🔹"Do not let the huge mansions of others make you lose appreciation of your little hut"
-Mufti Ismail Menk

🔹Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini, dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah saja.
- Syeikh Abdul Qadir Jailani -

🔹✨ Refresh your Niat ✨

Everytime when you starts doing something. 😊

🔹When you don't understand what's happening in your life, close your eyes and say "Ya Allah, I know this is your plan, help me through it."

🔹Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk [2:45]

🔹There's no such thing as luck.  There's no such thing as jinx.
There is only Qada' and Qadar

🔹I have learnt to accept that there are my plans and also Allah's plans for me. My plans are according to my wishes and His are according to His wisdom. I need to trust Allah with all my heart and remember that He knows what is the best for me ❤ ☆senyumlah selagi boleh senyum☆

🔹Dunia adalah tempat perjuangan tanpa henti . . . Suatu hari .. In Shaa Allah kita akan berehat di syurga nanti.. 🌹Jihad Fisabilillah🌹

🔹A real man is the one who fears the death of his heart, not his body. -Ibn Al-Qayyim

🔹🌹" Sesungguhnya kesusahan itu ada kesenangan
selepasnya."
(Q:S 94:5-6)🌹

🔹Iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwah. 🌺

🔹🌹Bangunkan Hati Dengan Yakin Takdir Itu Allah Yang Tentukan!🌹

🔹🌹Antara nikmat terbesar ialah apabila Allah rezekikan kepada kita sahabat yang sayang kita kerana Allah s.w.t, Bila kita silap, dia nasihat...
Bila kita lemah, dia bagi semangat.. dia bersama
kita ketika taat, dia gembira dengan kejayaan kita  hargailah nikmat ini, jagalah ia. Syukur."
~Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus~🌹

🔹🌹Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah
kejujuran"
"hadiah yang terbaik untuk orang tidak dikenali adalah senyuman"🌹

🔹Ramadan is coming,
Syaitans are running.
Muslim are preparing,
Hell-fire is closing,
And Jannah is opening.☺️

#SudahReadyNakPuasa?

🔹Setiap hari kita perlu perbaharui iman kitani. Bagaimana?.. Sebutlah لا اله الا الله

🔹Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.[33:56]

🔹Nikmat yang paling besar yang Allah beri kepada kita NANTI ialah melihat Allah Azza Wajalla.

🔹Cinta Allah > Cinta manusia

🔹The best dakwah is your manners,
And the best nasihat is your example.

🔹Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

( 24:30 )

🔹Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

( 4:1 )

🔹You have 2 choices:
1. ❝So remember Me and I will remember you❞
•[Quran 2:152]
2. ❝They forgot Allāh so He forgot them❞
•[Quran 9:67]

🔹Jangan menunggu jadi kaya baru nak sedekah. Dalam Islam jika ingin kaya bersedekahlah. 😊

🔹Ada pelbagai jenis sedekah. Yang paling senang ialah dengan senyuman.

🔹Jangan setakat kata pada seseorang "aku janji ingin bawa engkau ke Jannah" 😘 ,
usaha 💪 dan doa kena ade 🙌 ~
jangan jadi poyo 😒 ~

🔹Walau beribu kali kita solat 🙌 ,
Seberapa kali kita khatam Al-Quran 😌 ,
Di saat kita melukakan hati ibu bapa 💔 ,
Say goodbye to Syurga 😥 .

🔹Allah berfirman: "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." [16:116]

🔹Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya (ibubapa) kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[17:24]


#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Ahad, 7 Jun 2015

Reformasi Hati 28 (kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 28💜

Ahad,

07.06.2015M
20.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati

➡Bila kau buat baik, akan ada suara-suara yang berbisik

"Baguslah kau ni, kau buat bnde baik lbih dri org lain. Lgi bgus dri si fulan dan si fulan"

Percayalah, itu suara syaitan-nirrajim yg nak
mnyesatkan kau, mnghasut kau utk riak and tak ikhlas beramal krna Allah instead mnunjuk . . .

Naudzubillahi-MinZalik wa Asta'firullah Al-Azim >﹏<
Haaaa !! jangan jangan jangan☝🌚🌚

'They' won't giving up until Qiamat! So, keep zikrullah and selawat 😊💖

➡Some won't appreciate you no matter how much you do for them. Do good anyway, Allah will repay you✨

➡Apabila kita sedih😢 kita kembali kepada Allah
Apabila kita gembira😇 kita juga akan balik semula kepada Allah

➡Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
(24:30)

▪4) وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ

[And indeed the Hereafter is better for you than the present (life of this world).]

The present life of this world is very insignificant in comparison to the eternal life of the hereafter. For this reason Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) used to be the most abstinent of the people concerning the worldly things, and he was the greatest of them in his disregard for worldly matters. The Prophet said:

“I have nothing to do with this world. The parable of me and this world is like a rider who rests in the shade of a tree, then he passes on and leaves it.” [Narrated by At-Tirmidhi, Ibn Majah]

➡Seorang gadis bertanya kepada ustaz ...
👧 : Ustaz apa maksud W.K.A.K.A?

👳 : W - Walau aku
        K - Kesunyian
        A - Allah
        K - Kan
        A - Ada..

✨ Jangan pernah berfikir bahawa kita keseorangan.. tapi fikirlah bahawa, walau apa pun keadaan kita, Allah sentiasa ada bersama kita..✨ 
#UhibbuLillah❤

➡Mintalah kepada Ilahi supaya mata ini dihindar melihat daripada yang sia-sia, lidah ini daripada berkata yang sia-sia, telinga ini daripada mendengar yang sia-sia.
Agar apa yang kita tengok, cakapkan dan apa yang kita dengarkan...semuanya yang berfaedah.

➡ "Tuntutlah ilmu🎒. Tapi tidak melupakan ibadah. Dan kerjakanlah ibadah tapi tidak boleh lupa pada ilmu🎓."

Hassan Al Bashri

➡ 🎓"Tuntutlah ilmu, walau sampai ujung nyawamu"🎓

➡ "Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang SEMENTARA 💻, Kita akan terlepas nikmat akhirat yang KEKAL SELAMANYA✨"

Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari

➡"Orang yang jiwanya dibersihkan dengan Taqwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya diwarnai dengan kebaikkan pasti dia akan mendapati cinta Allah dan cinta manusia."

⚫ 🌹" Sayyidatina Fatimah keluar rumah memakai pakian semua hitam ... beliau menutup semua mukanya.. hanya ada satu lubang di matanya untuk melihat jalan.. semasa berjalan, kepalanya sentiasa tunduk ke bawah"🌹

- Habib Umar -

➡Just because you can't see the air,
doesn't mean you stop breathing.
Just because you can't see Allah, 
Doesn't mean you stop believing.

➡Every test is a blessing. Every blessing is a test.

➡Andai engkau kembali kepada Pencipta-mu saat ini , adakah amalanmu sudah engkau rasa mencukupi ?
#renungan

➡Jangan pernah rasa jemu untuk berbuat baik kerana ALLAH tidak pernah rasa jemu berbuat baik terhadap Kita.

➡Bila hati telah hitam,
kita merasa diri kita lebih hebat daripada yang lain.
Tidak ingin diberi pertolongan sehingga merasa diri kita ini sempurna.

Adakah kita ini sempurna?
Siapakah kita di hadapanNYA?

Kita hanya hambaNYA yang lemah, yang memerlukan pertolonganNYA.

#Muhasabah

➡ Kalau orang tua 👴 dapat menunaikan solat 5 waktu pada awal waktu 😄 , dan kita belia yang sepatutnya bertenaga ini 🏃💨 susah2 nak menunaikan solat 5 waktu 😨 , siapa yang sebenarnya digelar tua di sini 🙊  ?



#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Jumaat, 5 Jun 2015

Jihad 6 ( Terakhir )

Sambungan Dakwah bertajuk JIHAD

Pesanan Kepada Mujahidin

Ustaz Mustafa Masyhur berakata: Wahai pemuda  Mari bersama kami di atas jalan dakwah,
kurangkan dari tarikan dunia dan punca-punca
kemewahan supaya kita dapat menyahut seruan
jihad dengan mudah tanpa ada keberatan.
Sekiranya kita tidak melakukannya, kita akan terdedah kepada azab yang pedih, menepati firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻗِﻴﻞَ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛَّﺎﻗَﻠْﺘُﻢْ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷﺭْﺽِ ﺃَﺭَﺿِﻴﺘُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻓَﻤَﺎ ﻣَﺘَﺎﻉُ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻ ﻗَﻠِﻴﻞٌ ‏( ٣٨ ‏) ﺇِﻻ ﺗَﻨْﻔِﺮُﻭﺍ ﻳُﻌَﺬِّﺑْﻜُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺃَﻟِﻴﻤًﺎ ﻭَﻳَﺴْﺘَﺒْﺪِﻝْ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﻏَﻴْﺮَﻛُﻢْ ﻭَﻻ ﺗَﻀُﺮُّﻭﻩُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ ‏( ٣٩ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada
jalan Allah",kamu berasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing- masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan
kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan kesenangan hidup di akhirat.Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk
berperang pada jalan Allah – membela agamaNya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya
sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At- Taubah: 38, 39)

Ketahuilah wahai saudara pemuda yang berjihad bahawa Allah tidak memerlukan kepada jihad kita.
Kita pula mengharapkan kepada pahala Allah dan
nikmatNya serta memperolehi kemuliaan ini.

ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻳُﺠَﺎﻫِﺪُ ﻟِﻨَﻔْﺴِﻪِ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻐَﻨِﻲٌّ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ‏(٦ ‏)

Maksudnya: Dan siapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri , sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun)
daripada sekalian makhluk. (Al Ankabut: 6)

Allah berupaya menewaskan musuh-
musuhnya tanpa jihad daripada kita, akan tetapi ia hanya sebagai cobaan dan ujian.

ﻭَﻟَﻮْ ﻳَﺸَﺎﺀُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻻﻧْﺘَﺼَﺮَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻟِﻴَﺒْﻠُﻮَ ﺑَﻌْﻀَﻜُﻢْ ﺑِﺒَﻌْﺾ
ٍ
Maksudnya: Dan sekiranya Allah kehendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak
payah kamu memerangi mereka), tetapi Dia
(perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). (Muhammad: 4)

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami
tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar
(dalam menjalankan perintah Kami) Dan (sehingga) kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.   (Muhammad: 31)

Marilah wahai pemuda berjalan di atas jalan jihad. Janganlah engkau takut kepada
kekuatan musuh Allah walaupun bilangannya
ramai. Allah adalah pelindung bagi orang yang beriman, menolong mereka dengan tenteraNya dan membantu mereka dengan pertolonganNya.

ﺇِﻥْ ﻳَﻨْﺼُﺮْﻛُﻢُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓَﻼ ﻏَﺎﻟِﺐَ ﻟَﻜُﻢ
ْ
Maksudnya: Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada siapapun yang dapat
mengalahkan kamu . (Ali Imran: 160)

Kita wahai pemuda yang berjihad pada
hakikatnya adalah berlindung di sebalik kudrat dan pertolongan Allah. Kita tidak mempunyai keupayaan dan tidak mempunyai kekuatan kecuali
dengan pertolongan Allah. Kamu akan dapati
makna ini dengan jelas di dalam firman Allah:

ﻓَﻠَﻢْ ﺗَﻘْﺘُﻠُﻮﻫُﻢْ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺘَﻠَﻬُﻢْ ﻭَﻣَﺎ ﺭَﻣَﻴْﺖَ ﺇِﺫْ ﺭَﻣَﻴْﺖَ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺭَﻣَﻰ

Maksudnya: Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al Anfal:
17)

Wahai pemuda muslim yang berjihad! Letakkan tanganmu ke atas tangan sahabat
mujahidin yang lain dan kuatkan dengan hubungan ukhuwwah yang benar di jalan Allah supaya kamu menjadi seperti bangunan yang teguh yang menyokong antara satu sama lain. Kamu akan memperolehi kasih sayang Allah dan pertolongannya yang menepati firmanNya:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻠِﻪِ ﺻَﻔًّﺎ ﻛَﺄَﻧَّﻬُﻢْ ﺑُﻨْﻴَﺎﻥٌ ﻣَﺮْﺻُﻮﺹٌ ‏(٤‏)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saf: 4)

Hubungan para mujahidin di zaman
dahulu baik dari kelompok Anshar mahupun Muhajirin yang terjalin dalam ikatan cinta, ukhuwah dan pengorbanan di antara mereka, digambarkan Allah dalam Al Quran,

ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺗَﺒَﻮَّﺀُﻭﺍ ﺍﻟﺪَّﺍﺭَ ﻭَﺍﻹﻳﻤَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻠِﻬِﻢْ ﻳُﺤِﺒُّﻮﻥَ ﻣَﻦْ ﻫَﺎﺟَﺮَ ﺇِﻟَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻ ﻳَﺠِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺻُﺪُﻭﺭِﻫِﻢْ ﺣَﺎﺟَﺔً ﻣِﻤَّﺎ ﺃُﻭﺗُﻮﺍ ﻭَﻳُﺆْﺛِﺮُﻭﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﺑِﻬِﻢْ ﺧَﺼَﺎﺻَﺔٌ

Maksudnya: Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajat apa yang telah diberi kepada
orang-orang yang berhijrah kepada mereka, dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah
itu lebih dari diri mereka sendiri sekalipun mereka
di dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. (Al Hashr: 9)

Wahai pemuda Muslim di jalan jihad…jadilah sebaik-baik perlaksana kepada perintah Allah dan arahannya kepada orang yang beriman
dan mujahidin di dalam seruanNya yang mulia ini:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺇِﺫَﺍ ﻟَﻘِﻴﺘُﻢْ ﻓِﺌَﺔً ﻓَﺎﺛْﺒُﺘُﻮﺍ ﻭَﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ
ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ ‏( ٤٥ ‏) ﻭَﺃَﻃِﻴﻌُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟَﻪُ ﻭَﻻ ﺗَﻨَﺎﺯَﻋُﻮﺍ ﻓَﺘَﻔْﺸَﻠُﻮﺍ ﻭَﺗَﺬْﻫَﺐَ ﺭِﻳﺤُﻜُﻢْ ﻭَﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻊَ ﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ ‏( ٤٦ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
musuh, maka hendaklah kamu tetap teguh
menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan berdoa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan jangan-lah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) sesungguhnya Allah bersama orang-orang
yang sabar . (Al Anfal: 45, 46)

Begitulah yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya sabar, mengingati Allah, mentaatiNya, mentaati RasulNya dan tidak
berselisih faham dan akhirnya hendaklah bersabar di dalam perjuangan. Semuanya adalah di antara sebab kemenangan dan tidak akan mengalami kekecewaan. Tumpukan wahai saudara perhatianmu kepada menyatukan saf dan jauhkan diri-mu dari
pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan pertelagahan. Ketahuilah bersatu di atas jalan yang tidak betul adalah lebih baik dari berpecah di atas jalan kebenaran. Di bawah naungan kesatuan kemungkinan kita boleh menuju ke arah kebenaran selepas berada di dalam kesalahan.

Wahai pemuda Islam yang berjuang,mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu lemah di dalam berjuang. Pohonlah kesabaran dan kesabatan daripada Allah.

Begitulah Rasulullah saw. telah berpesan kepada kita dengan bersabda,
Maksudnya: Jangan kamu bercita-cita untuk bertemu dengan musuh, akan tetapi apabila engkau bertemu dengannya hendaklah sabat dan
ketahuilah bahawa syurga berada di bawah
bayangan pedang . (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Seorang mujahid amat perlu kepada kesabaran dan ketetapan hati kerana kemenangan
itu adalah bersama kesabaran. Sebagaimana yang
dikatakan bahawa batas antara kemenangan dan
kekalahan itu adalah kesabaran. Benarlah firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﻭَﺻَﺎﺑِﺮُﻭﺍ ﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮﺍ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ
‏(٢٠٠ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (di dalam menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di dalam peperangan) dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu berjaya (memperoleh kemenangan). (Ali Imran: 200)

Saudara pemuda muslim yang berjuang, majulah ke dalam saf-saf pejuang di jalan Allah.
Setiap kamu hendaklah meyakini bahawa kamu
berada di atas dua janji kebaikan, kemenangan atau syahid. Kemenangan yang menggembirakan
umat Islam seluruh dunia atau syahid yang akan memberikan kepada engkau kedudukan syuhada
dan ganjaran yang besar daripada Allah.

ﻭَﻣَﻦْ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻴُﻘْﺘَﻞْ ﺃَﻭْ ﻳَﻐْﻠِﺐْ ﻓَﺴَﻮْﻑَ ﻧُﺆْﺗِﻴﻪِ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻋَﻈِﻴﻤًﺎ
‏( ٧٤ ‏)

Maksudnya: Dan barang siapa yang berperang
pada jalan Allah lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberikan padanya pahala yang besar . (An Nisa': 74)

Ketahuilah saudaraku pemuda muslim yang berjuang, bahawa kita adalah dituntut bekerja dan kita tidak akan ditanya hasil dari
kerja kita. Allah telah menyuruh kita berjihad
menentang musuh Allah dan menentang permusuhan mereka, tetapi Dia tidak akan
menuntut kita menghasilkan kemenangan. Kemenangan adalah daripada Allah. Oleh itu Allah tidak akan menghalang ganjaran orang yang berjuang walaupun hasilnya jelas di hadapan manusia yang tidak menguntungkan umat Islam.

Ketahuilah wahai saudaraku pemuda
muslim di dalam saf pejuang bahawa engkau adalah menjadi sasaran yang besar dan mempunya nilai yang tinggi bagi musuh-musuh Allah sekiranya mereka berjaya mempegaruhi engkau.
Yang demikian itu bukannya hanya dengan semata-mata peperangan akan tetapi mereka akan
mencuba meracun, memperdaya dan memalingkan engkau ke arah mereka dengan janji-janji manis.

Ketahuilah bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal dan engkau adalah salah satu lubang orang-orang
yang beriman, maka jangan biarkan musuh datang dari sebelah engkau. Jadilah pengawal yang
terbaik di kawasan engkau dengan merasakan kelebihan Allah ke atas engkau dengan memberikan kelebihan jihad kepada engkau. Ingat kepada pahalanya yang besar. Pahala mengawal
atau berjuang di jalannya.

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ ‏(٥٨‏)

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) "Dengan kurnia Allah dan kasih sayangNya,
hendaklah dengan itu mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal). (Yunus: 58)

Sentiasalah engkau merasai bahaya dan
dosa bahkan azab yang pedih jika engkau lari
dari tempat dan peranan engkau atau engkau bertolak ansur dengan musuh Allah untuk mereka menyerbu dari sebelah engkau.
Saudaraku pemuda yang berada di dalam saf mujahidin, berhati-hatilah di dalam kerja dan waktu engkau serta melaksanakan apa
yang dituntut daripada engkau. Kelewatan sesaat atau kelalaian di dalam menunaikan perintah akan mendedahkan sebilangan besar jiwa di dalam saf mujahidin kepada kecelakaan dan pembunuhan atau membawa kepada jatuhnya tempat yang
penting ke tangan musuh.

Wahai pemuda muslim yang berjuang di segenap tempat, berpeganglah dengan kitab Allah, telitilah dan bacalah ia dengan sebenar bacaan.

Di dalamnya ada bekalan ayat mencukupi di atas jalan dakwah. Berhentilah di ayat-ayat dan surah-surah yang membicarakan tentang jihad dan
perperang di jalan Allah dan hafalkanlah sekiranya engkau mampu. Ia akan memberi kepada kamu bekalan yang kamu perlukan di dalam peperangan kamu dengan musuh Allah. Bacalah dan hayatilah perjalanan Imamul Mujahidin, Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya serta
peristiwa di dalam peperangan yang
menggambarkan gambaran-gambaran yang hebat tentang jihad dan contoh- contoh yang unggul di
dalam pengorbanan , kasih sayang, mengutamakan orang lain, persediaan dan perancangan.

Akhirnya Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:

Sesungguhnya umat yang mencari kemuliaan mati dan dia tahu bagaimana dia hendak mati di dalam keadaan yang mulia akan diberikan oleh Allah kehidupan yang mulia didunia dan di akhirat nikmat yang kekal. Kehinaan dan kerendahan yang menimpa kita sekarang ini adalah kerana cintakan dunia dan takutkan kematian. Perlengkapkanlah diri kamu untuk kerja yang besar dan kejarlah maut yang memberikan kepada kamu kehidupan yang mulia. Ketahuilah bahawa maut itu suatu yang pasti dan ia hanya
berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikannya dijalan Allah, itu adalah merupakan keuntungan didunia dan pahala di akhirat. Segala yang menimpa kamu adalah apa yang telah dituliskan oleh Allah
bagi kamu. Bekerjalah untuk kematian yang mulia, kamu akan memperolehi kebahagiaan yang
sempurna. Moga-moga Allah akan memberikan
kepada kamu dan kepada kami kesyahidan dijalanNya.

Wallahua'lam Bishawab

Wasallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

......................Tamat...................

Kisah si penjual soto

Kisah Si Penjual Soto :) ...

"Fahri, saya lapar lah. Jom kita pergi makan dekat gerai sana tu.." kata Rahim sambil menunjuk sebuah gerai yang berhampiran. Mereka berdua baru sahaja selesai daripada sesi temu bual untuk masuk ke sebuah universiti Islam tempatan. "Jom, aku belanja hari ni.." kata Fahri yang memang pemurah orangnya. Mereka pun menuju ke gerai tersebut yang terletak di seberang jalan. Setelah sampai ke gerai tersebut, mereka pun duduk sambil membuat pesanan. Gerai tersebut amat sederhana tetapi ramai juga orang yang datang berkunjung. "Bro, cuba lihat makcik yang jual soto tu.." kata Fahri kepada Rahim sambil menunjuk makcik yang sibuk menyediakan beberapa mangkuk soto untuk santapan pelanggan.

Rahim pun menoleh makcik itu. "Hmm, kenapa dengan makcik tu?" tanya Rahim bengang. "Apa yang kita boleh pelajari dari makcik tu?" tanya Fahri tiba-tiba. Senyuman terukir di bibirnya. "Ermm. Cara nak dapat duit dan keuntungan?" jawab Rahim tidak pasti. Fahri tersenyum mendengar jawapan Rahim. "Betul, tapi kurang tepat.." balas Fahri. Raut wajah Rahim bertukar. "Habis tu apa?" tanyanya mula meminta kepastian. "Begini.." kata Fahri sambil membetulkan posisi duduknya.Rahim menunggu penjelasan Fahri penuh ta'at. "Dalam semua pelanggan yang datang ke gerai ni, ada pelbagai macam citarasa dan kemahuannya. Ada yang mahu soto kuning, soto putih. Ada yang mahu campur daging atau campur ayam. Ada yang mahu pedas atau kurang pedas.." kata Fahri memulakan hujahnya. "Ya? teruskan.." kata Rahim yang mula tidak sabar-sabar. "Walaupun ada pelbagai ragam dan citarasa yang ada pada pelanggan, makcik penjual soto itu mahu tidak mahu, harus melayan kemahuan pelanggannya.." kata Fahri. "Ya, betul. Jadi?" balas Rahim bersetuju. "Nah, begitulah kita sebagai pendakwah. Kita harus jadi seperti makcik jual soto itu.." Cebik Fahri dengan semangatnya.

Rahim hanya terdiam memikirkan maksud tersirat yang mahu di sampaikan oleh Fahri. "Begini, apabila di tengah-tengah masyarakat, pendakwah akan berhadapan dengan pelbagai jenis sifat dan ragam manusia. Ada yang baik, jahat dan sebagainya. Namun, sebagai pendakwah yang tegar, kita harus melayan apa sahaja karenah orang yang kita dakwahkan.." jelas Fahri kepada Rahim yang masih tekun mendengar hujah sahabat itu. "Betul.." jawab Rahim mula menyuarakan pandangannya. Dia tersenyum. "Kenapa agaknya makcik penjual soto tu tidak menolak kemahuan atau citarasa pelanggannya?" soal Fahri lagi kepada Rahim. "Ermm, sebab dia tidak mahu rugi?" jawab Rahim masih tidak pasti. "Ya, betul. Dia tidak mahu rugi. Kerana setiap pembelian merupakan peluang untuk menaikkan keuntungan perniagaannya.." kata Fahri bersetuju dengan jawapan Rahim. Fahri nampak semakin bersemangat. "Begitulah seharusnya pendakwah, setiap mad'u merupakan peluang untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah.." kini Rahim pula yang berhujah.

Fahri tersenyum melihat sahabatnya itu. "Bukan itu sahaja. Apabila kita lihat makcik tu, dia sangat pakar dalam membuat soto. Dia tahu setiap bahan yang perlu ada dalam masakannya.." kata Fahri lagi. "Ya, betul. Jadi?". "Pendakwah juga harus sedemikian. Sebelum turun di tengah-tengah masyarakat, pendakwah seharusnya mempunyai ilmu yang mantap. Perlu pakar dalam Al-Quran, Hadis, dan juga pakar dalam manhaj berdakwah. Pendakwah tidak sepatutnya 'turun padang' tanpa membawa persiapan.." jelas Fahri kepada Rahim. "Ya, umpama pahlawan yang turun berperang tanpa senjata.." sambung Rahim sambil tersenyum. Fahri turut tersenyum melihat Rahim yang sudah memahami bicaranya. "Maaf cik, ini sotonya.." kata seorang pelayan yang membawa hidangan mereka. "Terima kasih.." kata mereka serentak. "Jom makan.." kata Fahri mempelawa Rahim. "Bismillahirrahmanirrahim..". -HS

healouriman.blogspot.com