Isnin, 13 Julai 2015

Ramadan Akan Pergi

Ramadan akan pergi.

Mungkin ada yang bersedih dengan pemergian Ramadan, mungkin juga ada yang gembira. Sedih sejauh mana pun kita, Ramadan akan tetap pergi meninggalkan tarbiyahnya kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita di masa akan datang.

Semoga ketemu lagi Ramadan. Kami akan merinduimu.

p/s: Wujud ke orang yang betul-betul sayang pada Ramadan?

Khamis, 9 Julai 2015

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Jaga solat 5 waktu.

Tapi.. Ada juga orang yang solat, masih lagi buat maksiat. Macam mana tu?

Sebab ada something wrong pada solat dia. Apa yang something wrongnya?

1. Mungkin tak khusyuk,
2. mungkin solat laju macam Komuter,
3. masa solat asyik ingat awek / pakwe je,
4. solat pun ala kadar je,
5. solat lambat,
6. solat sengaja tak nak berjemaah,
7. dan lain-lain (you name it)

Allah dah janjikan solat PASTI dan PASTI akan cegah kita dari perkara keji dan mungkar. Kalau kita solat tapi masih lagi buat perkara keji dan mungkar (maksiat), maknanya solat kita tak betul la tu.

Maka siapa lagi yang maha menepati janji melainkan Allah?

Munafik

Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.

Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Sekali lagi,

Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu.

Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,

"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik.

Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia.

Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik.

Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2.

Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri.

Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !

Ahad, 5 Julai 2015

Reformasi Hati 36 ( kata2 hikmah )

💜Reformasi Hati kali ke 36💜

Ahad,

05.07.2015M
19.09.1436H

Assalamualaikum , lets have a break with Reformasi Hati..

Tajuk : Ujian

🔰Mempunyai banyak harta 💵 merupakan satu ujian 😞 dan bukan pula satu kemuliaan 😇 . Ia adalah untuk menguji tahap ke syukuran kita kepada Allah 🙌 . Jika ia adalah satu kemuliaan , mengapa Karun akhirnya binasa 😵😶 ?

🔰🍂Ujian itu hakikatnya peluang untuk kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi ALLAH 🍂

🔰Ujian itu adalah hadiah. Apabila kita di beri ujian maka bersyukurlah kerana Itu tandanya Allah sayang kita. ☺️

🔰✨ " Wahai orang2 yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat . Sesungguhnya , Allah bersama orang2 yang sabar. "
(2:153) 🌝

🔰Allah usik hati kita dengan ujian. Sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu dengan suara kita menyebut namanya "Ya Allah"

- Habib Ali Zainal Abidin -

🔰Apabila di timpa ujian , jangan berkata "Mengapa aku?!" , kerana itu ibarat kamu tidak redha dengan Qada dan Qadar yang Allah tentu kan .

🔰Jangan merasa bangga jika hidup kita tiada ujian. Kerana kita mungkin di beri ujian melalui kesenangan.

🔰Ujian kemiskinan 😣 dengan mudah kita menang ⭕ , kerana mudah untuk kita ingat Allah 😊 .
TETAPI 👀
Ujian kekayaan 😙 dengan mudah kita kalah ❌ , kerana mudah untuk kita lupa akan Allah 😨 .
#renungan

🔰Setiap ujian itu adalah peluang kita untuk mendekatkan diri kita kepada yang maha kuasa iatu Allah S.W.T

🔰"Tak sangka, ujian seteruk ni akan aku hadapi..."

Jangan cakap macam tu bro..tak baik, Allah beri sesuatu ujian tu mengikut kemampuan Hamba2Nya bersabarlah ya..tapi sebenarnya aku cemburu dkt kau...

"Cemburu? Kenapa pula? "

Sebab, Allah terlalu sayangkan kau sebab tu lah Dia(Allah) beri ujian yg berat2 dkt kau, Allah nak kau dekat sangat denganNya.

🔰Jika kita gagal setiap ujian yang kita lalui. Itu tidak penting. Yang penting ialah bangkit semula dari setiap satu kegagalan

🔰✨ " Allah does not burden a soul beyond their capabilities... "
(2:286) 🌝

🔰Ujian boleh mengubah kita daripada baik kepada lebih baik. 😊

🔰Di bulan ramadhan syaitan dibelenggu, tetapi Allah tetap uji kita.

🔰 Allah gives the hardest battles to his strongest soldiers .
So keep your head up 😊

#BrothersInDeenPtem
#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Follow kami di IG : @brothers_in_deen

Jumaat, 3 Julai 2015

CARA DAKWAH SUPAYA TAK TERASA?

CARA DAKWAH SUPAYA TAK TERASA?
**

Ramai tanya saya:
"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:
"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.
Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!

3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!
Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.
Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.
Nabi Zakaria di gergaji.
Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.
Nabi Musa di buru oleh Firaun.
So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?
Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?