Khamis, 7 Mei 2015

Reformasi Hati 16 ( Kata2 Hikmah )

💖Reformasi Hati Kali Ke 16💖

Selasa,

05.05.2015
17.07.1436


🔹Jika kamu hendak menjadi pemimpin, pimpin dulu diri kamu sendiri. Kalau diri sendiri dah tak terpimpin, apatah lagi hendak memimpin orang lain?

🔹Jangan diperkatakan perkara yang ringan diperkatakan dan cuba perkatakan perkara yang berat diperkatakan. Apa perkara yang ringan itu? Perkara yang sia-sia, mengumpat, mencela, memfitnah, menipu dan sbg. Apa pula perkara yang berat itu? Berzikir, bermuhasabah, bercakap dengan lembut, menegur sapa, memberi salam kepada orang yang tidak dikenali dan sbg. Renung-renungkanlah.

🔹Tak perlu tunggu menjadi ustaz / ustazah untuk berdakwah..

jika ada ilmu, in sha Allah boleh sampaikan.. ilmu yg sohih

🔹Jika engkau bertudung dan ada org yg mempermasalahkan akhlakmu katakan kpd mereka bahawa antara tudung dan akhlak adalah dua hal yg berbeza.

'bertudung adalah murni krn Allah, wajib utk wanita muslim yg telah baligh, tanpa memandang akhlaknya baik atau buruk' sedangkan 'akhlak adalah budi pekerti yg bergantung pada peribadi masing2'.

jika seorg wanita bertudung melakukan dosa, itu bkn krn tudungnya, namun krn akhlaknya.

yg bertudung belum tentu berakhlak mulia, namun yg berakhlak mulia tentulah dia akan berusaha sebaik mungkin utk menutup auratnya.

🔹👀diri anda yang sebenar adalah ketika tiada orang lain melihat anda👀

🔹Kalau bca novel 📘 & jogging 🏃 bulih d usahakan hari2 💦  , mengapa tidak membaca Al-Quran 📖 dan solat fardhu 5 waktu 🙌 ?

🔹Jangan rasa diri kita berilmu sangat 😎 selepas mendapat ijazah 🎓 , kerana ilmu yang kamu dapat hanyalah di ibaratkan seperti setitik air 💧 dari laut 🚢 . So ~ rendah kan diri itu 😓 dan sentiasa kongsi ilmu yg ada ☺

🔹Abis PSR, dapat kertas, sijil PSR.
Abis O lvl, dapat kertas, Sijil O lvl.
Abis A lvl, dapat kertas, sijil A Lvl
Abis University, dapat kertas, Ijazah dari university.
Abis University dapat kerja, pun masih dapat kertas.
Duit wang ringgit
Masa sudah tiada pun dapat kertas. Kertas pengesahan kematian.

Zaman serba kertas, moga Iman tak terjejas.

🔹Jangan kata kan bahawa diri mu bukan seorang pendosa kerana kita sentiasa buat dosa ... sedangkan kamu pun telah melakukan dosa (menunjuk2 diri itu tidak melakukan dosa,konon nya) kerana menyatakan itu ...

🔹Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka

🔹Kalau ada masalah 😨 kompom kn cek di tlipun 📱 , but biasanya signal low 📡 ... so ~ ubah kepada signal lain yang sangat tahap gaban baiknya 😁 ... apa tu 😯 ? Doa 🙌 , sentiasa sampai kepada Allah without any difficulties 😍🌝

🔹Apa nya urang , bersusah2 dulu buat hw , nanti rilek... sama jua dalam dunia akhirat , bersusah2 dulu berbuat amal kebajikan , nanti rilek d Jannah Insyaa allah ~

🔹Maths cakap, 10-1 = 9

Kalau analogy infak,
10-9 = 19

A : eh eh lurus kah tu?

B : lurus eh~ bersedekah itu melipat gandakan harta kitani.

🔹Sayanglah Allah.
Sayanglah Rasulullah.
Sesungguhnya kesayangan itu adalah lebih baik daripada kesayangan kepada perkara di dunia.

🔹Cinta sejati 👪 bukan sahaja berazam membawa mereka ke London dan sebagainya ✈ ... tapi berazam bersungguh2 💪 untuk membawa mereka ke Jannah dengan benar2 usaha 🏃💦...

🔹Bersungguh-sungguh lah dalam beribadat sebagaimana kita bersungguh - sungguh mencari kebahagiaan dunia. Siapa bersungguh, dia dapat, dapat apa? Terpulang kepada apa yang disungguhinya insya Allah.

🔹Kalau banyak virus, kita tarus ubati,
kalau banyak dosa? adakah kita melambat2kan taubat?

anda tahu jawapanya.

#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan