Ahad, 10 Mei 2015

Kisah : Serban Dan Purdah

Suatu hari serban terlihat purdah di Instagram. Lalu serban pun menegur purdah.

Serban : Hai purdah! (sambil tersenyum)

Purdah : Hai... serban sihat? Lama tak nampak.

Serban : Hehehe... Nak buat macam mana. Aku bukannya selalu di upload pun. Kau lainlah. Di mana2 pun kau ada. Semua pakat dok tonjolkan diri kau. Untunglah kau. Famous!

Purdah : Nak buat macam mana. Bukan aku yang nak famous. Orang yang tonjolkan aku. Sebenarnya aku pun pelik tau. Aku dijadikan untuk menutup muka yang memakai ku agar tidak terlihat wajahnya. Kerana yang memakaiku biasanya seorang yang pemalu. Tapi kenapa aku selalu sahaja di tontonkan di merata-rata oleh yang memakaiku? Kalau malu, mengapa di tontonkan di khalayak pula tu.

Serban : Kau nih. Kira okey la tuh. Kau sekarang dah laris tau. Siap orang ramai buat bisnes lagi menjual kau. Laku pula tu! Pulak tu yang memakai engkau kebanyakkan muda2 dan cantik2 lagi. Sampai kadang2 orang2 tua yang memakaiku juga terpesona. hehehe...

Purdah : Aku bukannya tak suka jika mereka memakaiku. Cuma kadang2
mereka memakaiku hanya apabila mereka rasa perlu. Contohnya apabila
mereka nakkan like yang banyak, nakkan komen2 yang memuji, after that mereka akan biarkan aku begitu sahaja.

Serban : hmm.. itu masalah kau. Masalah aku pulak, aku ni ramai yang malu nak pakai. Kalau ada pun orang2 tua. Tapi aku bersyukur sebab kebanyakkan orang tua yang memakaiku istiqamah. Jarang meninggalkan ku. Kalau ada pun yang muda tu jarang2. Ada juga yang menggunakan aku untuk tarik perhatian gadis2 yg memakai kau (purdah). Tapi Alhamdulillah,kebanyakkan mereka menggunakanku di madrasah2 dan ke masjid.

Purdah : haha. Ade2 je kau serban. Bukan orang yang memakai kau sahaja yang nak menarik perhatian orang yang memakaiku. Bahkan sebaliknya juga. Tetapi dalam ramai2 yang memakai ku. Ada juga yang begitu menyayangiku. Bersungguh2 mempertahankanku. Mereka tidak rela apabila aku di pertontonkan di merata-rata. Mereka juga jarang sekali meninggalkanku. Mereka ikhlas menyayangiku. Tanpa meminta pujian daripada sesiapa. (purdah tersenyum riang)

Serban : Ehhh. Tudung labuh tu bukan ke kawan rapat kau? Mana dia pergi? Aku x nampak pun.

Purdah : Tu lah masalahnya. Dah lama aku tunggu. Orang yang memakaiku kadangkala menggantikan tudung labuh dengan tudung singkat sampai aku pun rasa kurang selesa.

Serban : Ermmm. OK lah purdah. Aku nak kene pergi Qasidah pulak ni. Jumpa lagi...

* Menitis air Mata purdah mengenangkan nasib dirinya *

"JANGAN GARA2 SEORANG NIQABIS... NIQABIS YANG LEN PUN TERKENA TEMPIASNYA."

Istiqomah dalam pemakaian purdah n niqab.

Wallahualam.

2 ulasan: