Khamis, 7 Mei 2015

Reformasi Hati 10 ( Kata2 Hikmah )

💝Reformasi Hati kali ke 10💝

Rabu,

15.03.2015M
03.07.1436H

➡Tanpa ilmu, mudah mendakwa, dengan ilmu, mudah berdakwah 😎👍

➡ "Sahaba used to say, "Look at the Muslims and you will know islam." Sadly, now we have to say, "Don't judge Islam based on the muslims."

#renunganbersama

➡Sembahyang 5 waktu sehari , tiket ke Syurga.
Mengikut terma dan syarat lain 😉

➡Berdoa biar betul. Dan jangan mendoakan seseorang supaya dia akan dapat masalah.

➡Kadang2 kitani perlukan teguran yang menimbak dan meninggalkan teguran yg buat kitani ketawa terbahak2. Supaya kitani sentiasa ingat 😘

➡Kisah benar , tentang seorang bernama (tuuttt)
*ting ting*
Situasi A : eh , c Pulan whatsapp aku . Baik th ku bls laju2 , marah krg ia . 🏃💨
*Allahu Akbar , Allahu Akbar*
Situasi B : ih azan dh... Alah , bnyk lgi brg kn ku buat . Krg th ku sembhyg , sama jua pnjg masa... 🚶
*last2 luput waktu* ⏰😥
Pengajarannya ? Antum sendiri tahu 😉

➡ Nah sekarang marah siapa yg lebih berijap? Marah makhluk kah murka Allah?

Jawapannya? Antum sendiri tahu 😉

➡ Ana ada soalan ❓ , banyak2 air 💧 , diantara air manakah yg baik 👍 ?
Jawapannya ~
*bunyi drum* 
Titisan air mata kita 😢 kerana terlalu syukur  🙌 atas apa yang Allah berikan kepada kita 😌...

➡Kalo ketawa jangan sampe tebahak2 tekahak2 sampai jadi nazak , Nauzubillah . Biar 'yang sedang2 saja'

➡tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai Allah..

➡Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak sama.Semua bergantung pada tahap iman kita. 😉

Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah takkan beri.

➡Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah kita takkan rebah.

➡Kerana egolah Azazil merasakan dirinya lebih baik penciptaannya dari Adam.

#MuhasabahDiriKita

➡untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.

➡Maafkan semua orang sebelum tidur.Bersangka baik dengan Allah dan manusia.Tak payah simpan amarah dan dendam.Itu cuma beban yang meletihkan jiwa.Jiwa bukan sudah cukup terbeban?

➡Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan.. 😌😌

➡Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.. 😄😄

➡ Cinta adalah doa. Selagi kita berdoa, selagi itu ada cinta. Bukan, bukan untuk sesama manusia saja. Pada Allah tentunya. Ada doa bermakna kita masih bergantung harap padaNya ; satu-satunya pemberi cinta. Moga DIA mengasihi kita dengan cintaNya yang Maha Agung.

#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan