Khamis, 7 Mei 2015

Jihad part 3

~Sambungan Dakwah~

Islam Adalah Seruan Jihad.

Di antara sifat utama Islam ialah ia merupakan seruan jihad yang berterusan dalam menghadapi kebatilan dan mencari kebenaran sehingga hari akhirat. Benarlah Allah yang telah berfirman:

ﻭَﻗَﺎﺗِﻠُﻮﻫُﻢْ ﺣَﺘَّﻰ ﻻ ﺗَﻜُﻮﻥَ ﻓِﺘْﻨَﺔٌ ﻭَﻳَﻜُﻮﻥَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻟِﻠَّﻪِ
Maksudnya:"Dan perangilah mereka, sehingga hilangnya fitnah dan supaya agama itu semata-
mata bagi Allah ." (Al Anfal: 39)

Di antara tabiat Islam ialah tidak berdiam diri terhadap jahiliah atau bekerjasama atau bertolak ansur dengannya.

ﻓَﺎﺻْﺪَﻉْ ﺑِﻤَﺎ ﺗُﺆْﻣَﺮُ ﻭَﺃَﻋْﺮِﺽْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ‏( ٩٤ ‏)

Maksudnya: Oleh itu sampaikan secara terus
terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu .(Al Hijr: 94)

ﻭَﺃَﻧْﺬِﺭْ ﻋَﺸِﻴﺮَﺗَﻚَ ﺍﻷﻗْﺮَﺑِﻴﻦَ ‏(٢١٤ ‏)

Maksudnya: Dan berilah peringatan dan amaran
kepada kaum keluarga kamu yang terdekat. (As
Syuara': 214)

ﻓَﻠِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﺎﺩْﻉُ ﻭَﺍﺳْﺘَﻘِﻢْ ﻛَﻤَﺎ ﺃُﻣِﺮْﺕَ ﻭَﻻ ﺗَﺘَّﺒِﻊْ ﺃَﻫْﻮَﺍﺀَﻫُﻢْ

Maksudnya: Oleh kerana yang demikian itu, maka
serulah mereka (wahai Muhammad kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau
menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan jangan engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (As Syura: 15)

Di antara tabiatnya lagi ialah ia menolak segala penyelesaian yang dikemukakan
yang bercanggah dengan manhaj Islam dan menganggapnya sebagai masalah bukannya penyelesaian.

Islam tidak menerima perkongsian dengan manhaj yang selain daripada manhajnya,
ugama yang selain daripadanya dan syariat yang selain daripada syariat Islam.

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺪِّﻳﻦَ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻹﺳْﻼﻡ
ُ
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam . (Ali Imran: 19)

ﻭَﻣَﻦْ ﻳَﺒْﺘَﻎِ ﻏَﻴْﺮَ ﺍﻹﺳْﻼﻡِ ﺩِﻳﻨًﺎ ﻓَﻠَﻦْ ﻳُﻘْﺒَﻞَ ﻣِﻨْﻪُ ﻭَﻫُﻮَ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻣِﻦَ
ﺍﻟْﺨَﺎﺳِﺮِﻳﻦَ ‏( ٨٥ ‏)

Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari selain
daripada agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak adalah daripada orang-orang yang rugi.(Ali Imran:
85)

Di antara tabiatnya ialah menjadikan
perundangan itu sebagai hak Allah semata-mata.Ia tidak menerima hukum selain daripada syariat
Allah.

Oleh itu ia menolak perundangan-perundangan ciptaan manusia seluruhnya.

ﻭَﺃَﻥِ ﺍﺣْﻜُﻢْ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻢْ ﺑِﻤَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻻ ﺗَﺘَّﺒِﻊْ ﺃَﻫْﻮَﺍﺀَﻫُﻢْ ﻭَﺍﺣْﺬَﺭْﻫُﻢْ ﺃَﻥْ ﻳَﻔْﺘِﻨُﻮﻙَ ﻋَﻦْ ﺑَﻌْﺾِ ﻣَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺇِﻟَﻴْﻚَ ﻓَﺈِﻥْ ﺗَﻮَﻟَّﻮْﺍ ﻓَﺎﻋْﻠَﻢْ ﺃَﻧَّﻤَﺎ ﻳُﺮِﻳﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻥْ ﻳُﺼِﻴﺒَﻬُﻢْ ﺑِﺒَﻌْﺾِ ﺫُﻧُﻮﺑِﻬِﻢْ ﻭَﺇِﻥَّ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟَﻔَﺎﺳِﻘُﻮﻥَ ‏( ٤٩ ‏)ﺃَﻓَﺤُﻜْﻢَ ﺍﻟْﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ ﻳَﺒْﻐُﻮﻥَ ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺴَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺣُﻜْﻤًﺎ ﻟِﻘَﻮْﻡٍ ﻳُﻮﻗِﻨُﻮﻥَ ‏( ٥٠ ‏)

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan jangan-lah engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari seuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allahitu) maka ketahuilah bahawa Allah mahu menyeksa
mereka dengan dosa-dosa mereka, dan
sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu ,patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-
hukum jahiliah? dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukuman Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al Maidah: 49, 50)

Di antara tabiatnya lagi ia tidak meredhai kehinaan bagi penganutnya. Tidak
menerima kehinaan dan kerendahan bagi mereka.

ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻌِﺰَّﺓُ ﻭَﻟِﺮَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﻟِﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ

Maksudnya: Padahal bagi Allah sahajalah
kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman .(AlMunafiqun: 8)

ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻣَﻌَﻪُ ﺃَﺷِﺪَّﺍﺀُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻜُﻔَّﺎﺭِ ﺭُﺣَﻤَﺎﺀُ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻢْ

Maksudnya: Nabi Muhammad saw. adalah sebagai Rasul Allah, dan orang-orang yang beriman yang bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya berkasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)….. (Al Fath: 29)

Kemudian Islam menganggap jihad
sebagai satu jalan untuk menuju ke syurga, jalan kepada keredhaan Allah dan nikmat akhirat.

Meninggalkan jihad dan lari daripadanya akan
mengakibatkan kehinaan dan kerendahan.

Rasulullah saw. telah besabda:

Maksudnya: Ketahuilah bahawa syurga berada dibawah naungan pedang-pedang . (Riwayat AlBukhari dan Muslim)

Jamaah Islam walau di mana dan masa mana ia berada adalah merupakan sebuah
pergerakan jihad yang mana matlamat asalnya
ialah memperhambakan manusia kepada Allah dan mejadikan hakimiah itu hanya bagi Allah sahaja.

Kitab Allah menyifatkan jamaah Islam dengan
firmanNya:

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ
ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ ‏( ١٥ ‏)

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang sebenarnya
beriman ialah orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya kemudian mereka (terus percaya ) tanpa ragu-ragu lagi, serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al Hujurat: 15)

Rasulullah saw. telah menyifatkan jamaah Islam dengan sabdanya:

"Sekumpulan umat dari umatku akan sentiasa
mempertahankan kebenaran. Mereka tidak digugat oleh orang yang tidak menolong mereka, sehingga datangnya hari akhirat sedangkan mereka adalah tetap seperti itu ." (Muttafaqun ‘Alaih)

Umat Islam yang awal mengetahui bahawa mereka adalah umat jihad , lalu mereka
hidup sebagai pejuang di jalan Allah dengan
harta dan jiwa mereka. Mereka memperkatakan
kebenaran, menyuruh manusia kepada kemakrufan,melarang daripada kemungkaran, menegakkan keadilan dan tidak takut kepada celaan orang
yang mencela di jalan Allah.

Mereka tidak gentar kepada cabukan
pemerintah, pukulan penyebat dan tali gantung,bahkan mereka akan merasa nikmat berjuang dijalan Allah ini. Pedoman mereka ialah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. ketika
menghadapi cobaan:

Maksudnya: Sekiranya ianya bukan kemurkaanMu
ya tuhanku maka aku tidak akan menghiraukannya.
Jamaah Islam tidaklah hidup dengan mengasingkan diri daripada dunia manusia dan pertarungan mereka hanya di dalam hal kerohanian sahaja, tanpa mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka dari tipu daya dan perancangan
jahat terhadap Islam serta usaha memburuk-
burukkannya dan menghapuskannya dari muka bumi ini.

Oleh itu Rasulullah saw. telah marah ketika dibawa kepada baginda seorang lelaki yang
beribadat di bukit dengan bersabda:

"Jangan lakukan itu, sesungguhnya berdirinya kamu di jalan Allah adalah lebih baik daripada sembahyang di dalam rumah selama tujuh puluh tahun ." (Riwayat At Tirmizi dan katanya hadis hasan)

Bersambung.....

Wallahua'llam

Laila Sa'edah Jami'an

InShaaAllah sambungannya esk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan