Ahad, 3 Januari 2016

Awas dosa tersembunyi

⚠Awas Dosa Tersembunyi!⚠

Sabda Rasulullah ﷺ :

“Aku sangat mengenali beberapa golongan manusia dari kalangan umatku yang datang pada Hari Kiamat dengan kebaikan yang banyak seumpama Bukit Tihamah Baidha’.

Namun, Allah menjadikan amalan tersebut seperti debu-debu yang berterbangan (sia-sia).”

Lalu Thauban ra berkata :

Wahai Rasulallah, beritahulah kepada kami ciri-ciri golongan tersebut? Terangkanlah kepada kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka. Sesungguhnya kami tidak mengetahuinya.

Baginda ﷺ pun bersabda :

“Sesungguhnya mereka adalah dari kalangan saudara-saudara kalian, dari golongan yang sama kulit dengan kalian dan mereka melakukan pada waktu malam sepertimana yang kalian lakukan. Namun demikian, apabila mereka bersunyian-sunyian dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, mereka sanggup melanggarnya.”

Hadith Sahih riwayat al-Imam Ibnu Majah RA.

Isnin, 13 Julai 2015

Ramadan Akan Pergi

Ramadan akan pergi.

Mungkin ada yang bersedih dengan pemergian Ramadan, mungkin juga ada yang gembira. Sedih sejauh mana pun kita, Ramadan akan tetap pergi meninggalkan tarbiyahnya kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita di masa akan datang.

Semoga ketemu lagi Ramadan. Kami akan merinduimu.

p/s: Wujud ke orang yang betul-betul sayang pada Ramadan?

Khamis, 9 Julai 2015

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

Jaga solat 5 waktu.

Tapi.. Ada juga orang yang solat, masih lagi buat maksiat. Macam mana tu?

Sebab ada something wrong pada solat dia. Apa yang something wrongnya?

1. Mungkin tak khusyuk,
2. mungkin solat laju macam Komuter,
3. masa solat asyik ingat awek / pakwe je,
4. solat pun ala kadar je,
5. solat lambat,
6. solat sengaja tak nak berjemaah,
7. dan lain-lain (you name it)

Allah dah janjikan solat PASTI dan PASTI akan cegah kita dari perkara keji dan mungkar. Kalau kita solat tapi masih lagi buat perkara keji dan mungkar (maksiat), maknanya solat kita tak betul la tu.

Maka siapa lagi yang maha menepati janji melainkan Allah?

Munafik

Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.

Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Sekali lagi,

Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu.

Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,

"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik.

Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia.

Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik.

Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2.

Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri.

Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !