Khamis, 7 Mei 2015

Reformasi Hati 11 ( Kata2 Hikmah )

💝Reformasi Hati kali ke 11💝

Jumm'at,

24.04.2015M
05.07.1436H

➡Sesungguhnya Allah menyatukan hati orang-orang yang beriman.

➡Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket 👆🏻

➡Siapa pedulikan wajah yang cantik 😍 jika pertuturan mu sentiasa kurang cantik 😷

➡bertemu dan berpisah kerana Allah

➡Setiap kali hendak memberikan nasihat berdasarkan Al Quran / As Sunnah, FAHAMKAN NIAT.
··········
🌾Renungkan...
··········
Adakah niat itu bertujuan untuk memberi peringatan ATAU sekedar ingin membanggakan diri dengan ilmu yg diperolehi? 
··········
Diamlah saja jika hati berasa 'excited' ingin memberitahukannya, dan tegurlah jika hati berasa 'uneasy' dengan perbuatannya.

➡Hargailah setiap anugerah yang diberi oleh Allah kepada kita kerana tidak semua orang ada apa yang kita ada.

➡Hargai dan jagalah sahabat kita slagi mereka masih ada

➡Orang yang betul2 ingin berubah tidak akan mengatakan "Aku ingin berubah mulai esok hari" tapi dia akan kata "Aku ingin berubah SEKARANG"

➡Bila sahabat kita melakukan sesuatu yg terbukti dia salah..kita mesti berlapang dada/tidak marah

➡Bila kuku panjang yg dpotong kukunya bukan tangan.....bila kawan kita bermasalah yg dpotong masalahnya bukan silaturahim

➡Tanpa Iman, kita tenggelam di lautan "Dunia" ,Dengan iman, kita dapat berenang di lautan "Dunia".

➡Kekurangan yang ada pada manusia adalah terlalu banyak. Perbaikilah kekurangan yang dapat dihapuskan dengan usaha. Kekurangan yang paling utama untuk diperbaiki adalah solat. Kekurangan dari bacaannya, pergerakkannya dan lain2 lagi. Ingatlah, amalan yang paling utama d lihat adalah solat. Walaupun solat kita kelihatan sempurna, cobalah kita berusaha lagi dan sentiasa aware dgn cara kita bersolat.

➡Sahabat yg bagus ialah org yg selalu menolong kita apabila memerlukanya..tetapi sahabat yg terbaik ialah sahabat yg selalu mengingatkn kita kepada Allah apabila kita lupa...menegur jika kita ada buat silap dan membimbing kita selalu d jalan yg lurus...apabila kita ada sahabat ini...jangan lepaskn

➡Sangatlah rugi bagi mereka yang kurang percaya akan Allah .
Jika mereka di timpa musibah , kepada siapa mereka ingin mengadu ?

➡Kita tahu yang di dunia ini apa yang kita lakukan akan ada penghujungnya. Tapi nanti bila di akhirat kelak, ingat... ia adalah selamanya.

➡ Ingatlah..sabar itu iman....duit bukan kawan....dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman
#Renungan

➡Kalau tuan naik perahu 
Lalu dari bawah Jambatan
Kita semua sudah pun tahu 
Arak itu memang air kacing syaitan

➡Allah ciptakn dunia untuk manusia tetapi Allah tidak ciptakn manusia untuk dunia

➡Kambing mengembek kerbau me moo,
Kedua duanya binatang sembelihan,
Rajin rajin lah menuntut ilmu,
Kerana ia penyuluh jalan.

➡Situasi A:

"Alaa aku ada 100$ bulat, cemana sedakah ni..."

*Ruah beg duit*

"Astaghfirullah.... ndaku tedapat seringgit 😱"

*masukkan 50sen dalam tabung 🌚*

Situasi B:

"Wuishhhh lawa kasut atu eh 👟👟.."

*liat beg duit, ada 100$*

A: "Berapa Harganya ni?"

Penjual : "80$ saja boss"

A: " bah aku bali size 7.5, 1 saja"

**jeng jeng jeng... tinggal 20 saja dalam bag duit 💵🌚**

rasa tak bersalah ke? kita ada duit banyak beli barang yang kekal di dunia saja macam takda papa pula buang duit beli kasut. 👟

sepatutnya kita menderma ke tabung tu tanpa mengira jumlah nya.. Allahu, sedangkan Zaman Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq menginfaq kan semua hartanya demi menegakkan Islam. kita? 1/10 daripada harta pun inda sampai kali...

Bersedekah tu macam membeli pahala untuk akhirat yang tani inda nampak, ada jua side effect nya.. Allah lipat gandakan harta abiskita.. no worries, jangan lupa niat lillahi ta'ala.

#Muhasabah
#PeringatanUntukSemuaDanSaya

➡Jangan lah kamu berkata2 tentang sesuatu yang kurang baik , dalam pada kamu seronok berborak tentang perkara itu , iman kamu mula menurun dan syaitan mula mengambil kesempatan terhadap kamu.

➡ Tunduklah kepada Allah bukan kepada nafsu.

➡Kehidupan ini~ ⛅ bagaikan satu cawan teh☕ yang pahit? eh.. eh.. kenapa teh? what is the because? pasal... iman, solat dan kesabaran adalah gulanya🍶, sudu🍴 ada di tangan mu🙌 kamu lah yang mengontrol kemanisan nya~. ☺

➡ Hati bagai kan kain.
Bila hati terasa gelap atau keras 🌑 , ingat kan Allah setiap masa ⏰ , kurang kan tabiat yang kurang baik 😇, banyakkan ber istighfar,berdoa&zikir 🙌 , InsyaAllah akan lembut semula bak kain yang d beri Softlan 😍...

➡Ramazotti penyerang utama DPMMFC, banyak dh gol dijaringkannya⚽, salah satu puncanya sebab teammatenya banyak memasing arh ia👬👬. nah~, manang tadi Brunei 3-1 lawan Warriors FC Alhamdulillah. Atutah ukhwah dalam permainan bola sepak. Kejayaan Ramazotti adalah dengan bantuan rakan seperjuangannya 💪😁. So mun kn berjaya dunia akhirat, banyakkan berukhwah😁👍

➡A : You are not aloneee 🎶 *nyanyi lagu MJ*

B : banar tu A,  🎤 You are not alone~ Allah is there with you~ 😆

A: apa yang banar? 😦

B : kau tidak sendirian.😊

A: Maksudmu B? elaborate more please~😅

B : cuba cek Tafsir, Surah ke 57 ayat 4.

"..Dan Ia(Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada.."

A : *tersentap* 😳

➡Sesungguhnya Allah benci pada Dosa , bukan pada pendosa

➡Walaupun kita betul, kita tidak boleh menghina orang lain kerana salah

➡A : cali kau ani ih B
B : ngapa pulang ?
A : mua mu bida hantap ah ! Kurang bro ~
B : oh ~ so if ada kekurangan kira cali lh ?
A : au
B : kau pun cali
A : apa ?! Pasal ?
B : tiada yang sempurna dalam dunia ani , termasuk kau , kecuali Allah

➡"Wife/Husband completes your deen.
Girl/Boyfriend destroys whatever deen you have."

#AllahﷻWaRasulullahﷺ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan