Khamis, 7 Mei 2015

Jihad part 1

7Dakwah Malam Jumaat Wal Barokah

Assalamua'laikum Warahmatullah Hiwabbarakkatuh

Selamat Malam Semua

Tajuk:JIHAD

Pengertian Jihad⤵

Pengertian jihad mengikut tata bahasa Arab ialah:
Bersungguh-sungguh menghabiskan seluruh kemampuan dan
tenaga daripada perbuatan atau pekerjaan.

Menurut istilah syara’ pula ialah : Seorang muslim
mengorbankan tenaga dan keupayaannya di dalam meninggikan
Islam kerana mencari keredaan Allah. Oleh itu jihad di dalam Islam telah dikaitkan dengan jalan Allah untuk menunjukkan kepada pengertian ini dan untuk menjadikannya jihad yang disyariatkan.

Dengan itu ayat-ayat Al-Quran mengiklankan bahawa jihad orang Islam yang mana di antaranya peperangan, adalah jihad di jalan Allah. Ini adalah berlainan dengan perjuangan orang-orang kafir. Perjuangan mereka adalah bukan di jalan Allah akan tetapi adalah di jalan syaitan.

ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕ
ِ
Maksudnya: Orang-orang yang beriman berperang di jalan
Allah, dan orang-orang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan) (An Nisa': 76)

Di dalam lingkungan perbincangan kita ini, ulamak salaf telah membawa beberapa pentakrifan terhadap perkataan jihad.
Ibnu Abbas berkata: Jihad adalah menghabiskan seluruh keupayaan kejalan Allah dan tidak takut celaan orang yang mencela. Muqatil berkata: Bekerja untuk agama Allah dengan sebenar-benarnya dan menyembahnya dengan penyembahan yang sebenar.
Abdullah bin Mubarak berkata: Ia adalah mujahadah diri dan hawa nafsu. Ustaz Said Al Butti berkata: Jihad adalah mengorbankan tenaga di jalan meninggikan agama Allah. Berperang adalah salah satu daripadanya. Matlamatnya ialah menegakkan sebuah masyarakat Islam dan membentuk sebuah daulah Islam yang sebenar.

Kedudukan Jihad⤵

Jihad di jalan Allah adalah setingi-tinggi kedudukan selepas keimanan kepada Allah.

ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﺧِﻔَﺎﻓًﺎ ﻭَﺛِﻘَﺎﻻ ﻭَﺟَﺎﻫِﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻜُﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ

Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang
pada jalan Allah) samada dalam keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan oleh
berbagai-bagai tanggungjawab), dan berjihadlah dengan
harta dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui. (At Taubah: 41)

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺍﺷْﺘَﺮَﻯ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﺃَﻧْﻔُﺴَﻬُﻢْ ﻭَﺃَﻣْﻮَﺍﻟَﻬُﻢْ ﺑِﺄَﻥَّ ﻟَﻬُﻢُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻴَﻘْﺘُﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳُﻘْﺘَﻠُﻮﻥَ ﻭَﻋْﺪًﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺣَﻘًّﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟﺘَّﻮْﺭَﺍﺓِ ﻭَﺍﻹﻧْﺠِﻴﻞِ ﻭَﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥِ ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻭْﻓَﻰ ﺑِﻌَﻬْﺪِﻩِ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﺎﺳْﺘَﺒْﺸِﺮُﻭﺍ ﺑِﺒَﻴْﻌِﻜُﻢُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺑَﺎﻳَﻌْﺘُﻢْ ﺑِﻪِ ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻫُﻮَ ﺍﻟْﻔَﻮْﺯُ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢُ ‏( ١١١‏)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-
orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan
syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil
serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah?. Oleh itu bergembiralah dengan
jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan ketahuilah
bahawa jual beli(yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar. (At Taubah: 111)

Firman-Nya lagi:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ ‏( ١٥ ‏)

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya
beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allahdan
RasulNya, kemudian mereka terus percaya (dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda
dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 15)

Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah
saw. telah ditanya: “Wahai Rasulullah saw., apakah yang
menyamai jihad di jalan Allah ?” Baginda menjawab: “ Kamu
tidak akan mampu melakukannya .” Mereka telah mengulangi
pertanyaan itu dua atau tiga kali, semuanya telah dijawab
dengan “ Kamu tidak akan mampu melakukannya ”. Kemudian
beginda bersabda: “Perumpamaan orang yang berjihad di
jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, berqiamullail
dan membaca Al-Quran, dia tidak berbuka dari puasanya, tidak
berhenti dari sembahyangnya dan tidak berhenti dari membaca
ayat-ayat Allah sehingga orang yang berjihad di jalan Allah
pulang (semula ke tempat tinggalnya)” (Riwayat al Bukhari
dan Muslim)

Imam Nawawi berkata di dalam menafsirkan hadis ini:

Hadis ini mengandungi kelebihan jihad yang besar,
kerana sembahyang, puasa dan bangun malam membaca ayat-
ayat Allah adalah seutama-utama pekerjaan. Sedangkan orang
yang berjuang di jalan Allah telah di samakan dengan orang
yang tidak berhenti walau sesaatpun dari melakukan
pekerjaan tersebut. Memang maklum bahawa ini tidak dapat
dilakukan oleh seorang-pun. Oleh itu Rasulullah saw. telah
bersabda”Kamu tidak berupaya .”

Daripada Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah saw. telah melalui satu lurah yang mempunyai mata air yang bersih dan jernih. Dia kagum dengan kesedapan mata air itu. Dia berkata di dalam dirinya:

“Kalaulah aku bawa orang ramai datang ke sini dan aku tinggal
di sini” Aku tidak akan melakukannya sehingga aku memberitahu Rasulullah saw. . Baginda bersabda:

“ Jangan lakukan itu, sesungguhnya seseorang kamu berada di jalan Allah adalah lebih utama dari sembahyangnya di dalam rumah
selama tujuh puluh tahun. Adakah engkau suka Allah mengampunkan dosa engkau dan memasukkan kamu ke dalam
syurga? Berperanglah di jalan Allah, sesiapa berperang di
jalan Allah dengan sekadar masa dua kali perah susu unta,
maka telah wajiblah baginya syurga.” (Riwayat At-Tirmizi katanya hadis hasan)

Daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki telahbertanya kepada Rasulullah saw. : “Wahai Rasulullah saw. tunjukkan kepada aku satu amalan yang menyamai jihad.” Baginda bersabda; “Aku tidak mendapatinya.” Kemudian baginda bersabda yang bermaksud: “ Adakah engkau berupaya, sebaik sahaja seorang mujahid keluar dari rumahnya, engkau pergi masuk ke dalam masjid dan bersembahyang tanpa berhenti dan engkau berpuasa tanpa berbuka?” Dia menjawab:

“Siapa yang berupaya melakukan itu semua ?” (Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar berkata: Inilah kelebihan yang nyata bagi orang yang berjuang di jalan Allah di mana jihad tidak boleh disamai oleh sesuatu amalan pun. Qadhi Iyadh berkata:

Hadis ini mengandungi pengagungan terhadap jihad sehingga
semua pergerakan orang yang berjuang di jalan Allah yang
harus, menjadi sama dengan pahala orang yang berterusan
dalam sembahyang dan lain-lainnya.

Wallahu Ta'ala A'lamu Bish-Shawab Bersambung..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan