Khamis, 7 Mei 2015

Jihad Part 2

Sambungan..

Bahagian Dan Kewajipannya.

Jihad di jalan Allah ada berbagai jenis. Di sana ada jihad dengan lidah dengan menerangkan syariat Allah dan menolak kebatilan
yang diadakan ke atas Islam. Jihad dengan harta dengan menafkahkannya kepada jalan kebaikan,
lebih-lebih lagi kepada orang yang berjuang di
jalan Allah dengan membeli senjata dan bekalan makanan untuk mereka. Dan juga jihad dengan jiwa dan nyawa dengan memerangi musuh Allah.

Apabila disebut sahaja perkataan jihad biasanya yang dimaksudkan dengannya ialah
jihad dengan jiwa dan nyawa iaitu berperang.
Sebagaimana jihad dengan jiwa biasanya diiringi dengan jihad dengan harta, sebagaimana yang
dapat kita lihat di dalam ayat-ayat Al-Quran. Di antaranya firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻫَﻞْ ﺃَﺩُﻟُّﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓٍ ﺗُﻨْﺠِﻴﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏٍ ﺃَﻟِﻴﻢٍ ‏( ١٠ ‏)ﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﺗُﺠَﺎﻫِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻜُﻢْ
ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ‏(١١ ‏) ﻳَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻜُﻢْ ﺫُﻧُﻮﺑَﻜُﻢْ ﻭَﻳُﺪْﺧِﻠْﻜُﻢْ ﺟَﻨَّﺎﺕٍ ﺗَﺠْﺮِﻱ ﻣِﻦْ ﺗَﺤْﺘِﻬَﺎ ﺍﻷﻧْﻬَﺎﺭُ ﻭَﻣَﺴَﺎﻛِﻦَ ﻃَﻴِّﺒَﺔً ﻓِﻲ ﺟَﻨَّﺎﺕِ ﻋَﺪْﻥٍ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻔَﻮْﺯُ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢُ ‏( ١٢ ‏)ﻭَﺃُﺧْﺮَﻯ ﺗُﺤِﺒُّﻮﻧَﻬَﺎ ﻧَﺼْﺮٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻓَﺘْﺢٌ ﻗَﺮِﻳﺐٌ ﻭَﺑَﺸِّﺮِﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ‏( ١٣ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Denganitu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu,dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan
sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.(As Saf:10-13).

Jihad dengan jiwa dengan memerangi
musuh-musuh Allah adalah di antara fardu kifayah di dalam keadaan yang biasa. Akan tetapi ia menjadi fardu ain apabila orang kafir menjajah ataupun diarahkan oleh pemerintah untuk keluar berperang.

Imam Ibnu Arabi Al Maliki berkata:

"Apabila arahan perang itu umum kerana
pencerobohan musuh ke atas negara Islam ataupun pelampauan mereka ke atas tawanan perang, maka
wajib ke atas semua orang untuk keluar berperang samada di dalam keadaan yang mudah ataupun sulit, berkenderaan atau berjalan kaki, hamba
ataupun orang yang merdeka serta orang yang mempunyai ayah tanpa izinnya.Sehingga Allah menzahirkan agamaNya dan menghina musuh
(dengan kekalahan) dan berjaya membebaskan
tawanan. Tidak ada perselisihan di dalam masalah ini."

Oleh kerana jihad adalah di antara
kefarduan Islam maka ayat-ayat Ilahi telah
mengagungkannya. Allah menyuruh supaya
menyediakan persediaan yang perlu baginya.

ﻭَﺃَﻋِﺪُّﻭﺍ ﻟَﻬُﻢْ ﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻄَﻌْﺘُﻢْ ﻣِﻦْ ﻗُﻮَّﺓٍ ﻭَﻣِﻦْ ﺭِﺑَﺎﻁِ ﺍﻟْﺨَﻴْﻞِ ﺗُﺮْﻫِﺒُﻮﻥَ ﺑِﻪِ ﻋَﺪُﻭَّ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻋَﺪُﻭَّﻛُﻢْ

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al Anfal: 60)

Segala perkara yang menghasilkan kekuatan dan diperlukan di dalam peperangan adalah wajib disediakan dan dihasilkan. Ia adalah
berbeza dengan perbezaan zaman dan keadaan.Tidak syak lagi bahawa di antara wasilah-wasilah terpenting di zaman kita sekarang ini ialah
mengetahui dan mahir di dalam berbagai bidang ilmu dan seni perusahaan yang penting untuk
menyedia dan memperlengkapkan kelengkapan perang.

Mempelajari ilmu ini adalah di antara fardu
kifayah kepada umat Islam.Ini adalah kerana :
Sesuatu yang tidak
akan sempurna sesuatu kewajiban kecuali dengannya maka ia adalah wajib.Diantara yang dituntut daripada
seorang muslim ialah dia hendaklah mempelajari
apa yang terdaya daripada perkara yang
bersangkutan dengan peperangan seperti memanah dan menikam serta mengajarkannya kepada orang lain dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.

Imam Ibnu Taimiah telah menjelaskan
perkara itu dengan berkata: Mempelajari
perusahaan ini( perusahaan alat-alat
peperangan) adalah di antara amalan soleh bagi sesiapa yang hendak mencari keredhaan Allah.

Sesiapa yang mengajarkan kepada orang lain daripada ilmu itu adalah merupaka rakan kongsi di dalam jihad yang dilakukannya, pahalanya tidak
akan berkurangan walaupun sedikit.
Saidina Umar berpesan kepada orang Islam dan penduduk wilayahnya:

"Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah dan menunggang
kuda." Di dalam satu hadis daripa Rasulullah
saw.:

"….. sesiapa yang diajarkan kepadanya
memanah kemudian dia meninggalkannya maka dia bukan dari kalangan kami atau dia telah engkarkan aku.” (Riwayat Muslim)

Jihad adalah suatu perkara yang daruri untuk mengekalkan umat Islam sebagai satu
umat yang kuat, digeruni dan jauh dari menjadi mangsa orang kafir dan munafiqin.

Sebagaimana jihad itu sendiri menjadi bukti pemutus kepada
keimanan seseorang muslim, cepatnya dia kepada apa yang disukai oleh Allah dan bersegeranya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan apa yang ada di sisinya. Oleh itu Allah mencela orang-orang yang meninggalkan jihad dan lari daripadanya.

FirmanNya:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻗِﻴﻞَ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛَّﺎﻗَﻠْﺘُﻢْ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷﺭْﺽِ ﺃَﺭَﺿِﻴﺘُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻓَﻤَﺎ ﻣَﺘَﺎﻉُ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻ ﻗَﻠِﻴﻞٌ ‏( ٣٨ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orng yang beriman! Mengapa kamu apabila di perkatakan kepada kamu:

"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah" kamu berasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan
kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanyalah sedikit berbanding dengan kesenangan hidup di akhirat. (At Taubah: 38)

Meninggalkan jihad adalah sebab yang
membawa kepada kehinaan, kecelaan, hilangnya tanah air dan penguasaan orang kafir ke atas negara Islam. Ini adalah di antara azab yang telah
dijanjikan oleh Allah kepada orang yang
meninggalkan jihad. Allah berfirman:

ﺇِﻻ ﺗَﻨْﻔِﺮُﻭﺍ ﻳُﻌَﺬِّﺑْﻜُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺃَﻟِﻴﻤًﺎ ﻭَﻳَﺴْﺘَﺒْﺪِﻝْ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﻏَﻴْﺮَﻛُﻢْ ﻭَﻻ ﺗَﻀُﺮُّﻭﻩُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ( ٣٩ ‏)

Maksudnya: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamanya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya
sedikitpun kepadaNya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu .(At Taubah:39)

Imam Ibnu Arabi berkata di dalam tafsirnya: Di dalam ayat ini mengandungi ugutan
dan janji yang tegas terhadap orang yang
meninggalkan jihad memerangi orang kafir supaya agama Allah menjadi tinggi. Adapun jenis azab,Imam Ibnu Arabi berkata: Di dunia ialah penguasaan musuh terhadap umat Islam dan di akhirat pula ialah penyeksaan api neraka. Sejarah dahulu dan sekarang
menegaskan apa yang telah disebutkan oleh Imam itu. Umat Islam telah ditimpa kehinaan dan orang kafir telah membelenggu mereka.

Ini adalah kerana
mereka meninggalkan jihad yang telah dituntut dari mereka.

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan