Jumaat, 5 Jun 2015

Jihad 6 ( Terakhir )

Sambungan Dakwah bertajuk JIHAD

Pesanan Kepada Mujahidin

Ustaz Mustafa Masyhur berakata: Wahai pemuda  Mari bersama kami di atas jalan dakwah,
kurangkan dari tarikan dunia dan punca-punca
kemewahan supaya kita dapat menyahut seruan
jihad dengan mudah tanpa ada keberatan.
Sekiranya kita tidak melakukannya, kita akan terdedah kepada azab yang pedih, menepati firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻗِﻴﻞَ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛَّﺎﻗَﻠْﺘُﻢْ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷﺭْﺽِ ﺃَﺭَﺿِﻴﺘُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻓَﻤَﺎ ﻣَﺘَﺎﻉُ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻ ﻗَﻠِﻴﻞٌ ‏( ٣٨ ‏) ﺇِﻻ ﺗَﻨْﻔِﺮُﻭﺍ ﻳُﻌَﺬِّﺑْﻜُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺃَﻟِﻴﻤًﺎ ﻭَﻳَﺴْﺘَﺒْﺪِﻝْ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﻏَﻴْﺮَﻛُﻢْ ﻭَﻻ ﺗَﻀُﺮُّﻭﻩُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ ‏( ٣٩ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada
jalan Allah",kamu berasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing- masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan
kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit kalau dibandingkan dengan kesenangan hidup di akhirat.Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk
berperang pada jalan Allah – membela agamaNya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya
sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At- Taubah: 38, 39)

Ketahuilah wahai saudara pemuda yang berjihad bahawa Allah tidak memerlukan kepada jihad kita.
Kita pula mengharapkan kepada pahala Allah dan
nikmatNya serta memperolehi kemuliaan ini.

ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻳُﺠَﺎﻫِﺪُ ﻟِﻨَﻔْﺴِﻪِ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻐَﻨِﻲٌّ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ‏(٦ ‏)

Maksudnya: Dan siapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri , sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun)
daripada sekalian makhluk. (Al Ankabut: 6)

Allah berupaya menewaskan musuh-
musuhnya tanpa jihad daripada kita, akan tetapi ia hanya sebagai cobaan dan ujian.

ﻭَﻟَﻮْ ﻳَﺸَﺎﺀُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻻﻧْﺘَﺼَﺮَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻟِﻴَﺒْﻠُﻮَ ﺑَﻌْﻀَﻜُﻢْ ﺑِﺒَﻌْﺾ
ٍ
Maksudnya: Dan sekiranya Allah kehendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak
payah kamu memerangi mereka), tetapi Dia
(perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). (Muhammad: 4)

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami
tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar
(dalam menjalankan perintah Kami) Dan (sehingga) kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.   (Muhammad: 31)

Marilah wahai pemuda berjalan di atas jalan jihad. Janganlah engkau takut kepada
kekuatan musuh Allah walaupun bilangannya
ramai. Allah adalah pelindung bagi orang yang beriman, menolong mereka dengan tenteraNya dan membantu mereka dengan pertolonganNya.

ﺇِﻥْ ﻳَﻨْﺼُﺮْﻛُﻢُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓَﻼ ﻏَﺎﻟِﺐَ ﻟَﻜُﻢ
ْ
Maksudnya: Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada siapapun yang dapat
mengalahkan kamu . (Ali Imran: 160)

Kita wahai pemuda yang berjihad pada
hakikatnya adalah berlindung di sebalik kudrat dan pertolongan Allah. Kita tidak mempunyai keupayaan dan tidak mempunyai kekuatan kecuali
dengan pertolongan Allah. Kamu akan dapati
makna ini dengan jelas di dalam firman Allah:

ﻓَﻠَﻢْ ﺗَﻘْﺘُﻠُﻮﻫُﻢْ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺘَﻠَﻬُﻢْ ﻭَﻣَﺎ ﺭَﻣَﻴْﺖَ ﺇِﺫْ ﺭَﻣَﻴْﺖَ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺭَﻣَﻰ

Maksudnya: Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al Anfal:
17)

Wahai pemuda muslim yang berjihad! Letakkan tanganmu ke atas tangan sahabat
mujahidin yang lain dan kuatkan dengan hubungan ukhuwwah yang benar di jalan Allah supaya kamu menjadi seperti bangunan yang teguh yang menyokong antara satu sama lain. Kamu akan memperolehi kasih sayang Allah dan pertolongannya yang menepati firmanNya:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻠِﻪِ ﺻَﻔًّﺎ ﻛَﺄَﻧَّﻬُﻢْ ﺑُﻨْﻴَﺎﻥٌ ﻣَﺮْﺻُﻮﺹٌ ‏(٤‏)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saf: 4)

Hubungan para mujahidin di zaman
dahulu baik dari kelompok Anshar mahupun Muhajirin yang terjalin dalam ikatan cinta, ukhuwah dan pengorbanan di antara mereka, digambarkan Allah dalam Al Quran,

ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺗَﺒَﻮَّﺀُﻭﺍ ﺍﻟﺪَّﺍﺭَ ﻭَﺍﻹﻳﻤَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻠِﻬِﻢْ ﻳُﺤِﺒُّﻮﻥَ ﻣَﻦْ ﻫَﺎﺟَﺮَ ﺇِﻟَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻ ﻳَﺠِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺻُﺪُﻭﺭِﻫِﻢْ ﺣَﺎﺟَﺔً ﻣِﻤَّﺎ ﺃُﻭﺗُﻮﺍ ﻭَﻳُﺆْﺛِﺮُﻭﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﺑِﻬِﻢْ ﺧَﺼَﺎﺻَﺔٌ

Maksudnya: Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajat apa yang telah diberi kepada
orang-orang yang berhijrah kepada mereka, dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah
itu lebih dari diri mereka sendiri sekalipun mereka
di dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. (Al Hashr: 9)

Wahai pemuda Muslim di jalan jihad…jadilah sebaik-baik perlaksana kepada perintah Allah dan arahannya kepada orang yang beriman
dan mujahidin di dalam seruanNya yang mulia ini:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺇِﺫَﺍ ﻟَﻘِﻴﺘُﻢْ ﻓِﺌَﺔً ﻓَﺎﺛْﺒُﺘُﻮﺍ ﻭَﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ
ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ ‏( ٤٥ ‏) ﻭَﺃَﻃِﻴﻌُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟَﻪُ ﻭَﻻ ﺗَﻨَﺎﺯَﻋُﻮﺍ ﻓَﺘَﻔْﺸَﻠُﻮﺍ ﻭَﺗَﺬْﻫَﺐَ ﺭِﻳﺤُﻜُﻢْ ﻭَﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻊَ ﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ ‏( ٤٦ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
musuh, maka hendaklah kamu tetap teguh
menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan berdoa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan jangan-lah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) sesungguhnya Allah bersama orang-orang
yang sabar . (Al Anfal: 45, 46)

Begitulah yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya sabar, mengingati Allah, mentaatiNya, mentaati RasulNya dan tidak
berselisih faham dan akhirnya hendaklah bersabar di dalam perjuangan. Semuanya adalah di antara sebab kemenangan dan tidak akan mengalami kekecewaan. Tumpukan wahai saudara perhatianmu kepada menyatukan saf dan jauhkan diri-mu dari
pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan pertelagahan. Ketahuilah bersatu di atas jalan yang tidak betul adalah lebih baik dari berpecah di atas jalan kebenaran. Di bawah naungan kesatuan kemungkinan kita boleh menuju ke arah kebenaran selepas berada di dalam kesalahan.

Wahai pemuda Islam yang berjuang,mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu lemah di dalam berjuang. Pohonlah kesabaran dan kesabatan daripada Allah.

Begitulah Rasulullah saw. telah berpesan kepada kita dengan bersabda,
Maksudnya: Jangan kamu bercita-cita untuk bertemu dengan musuh, akan tetapi apabila engkau bertemu dengannya hendaklah sabat dan
ketahuilah bahawa syurga berada di bawah
bayangan pedang . (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Seorang mujahid amat perlu kepada kesabaran dan ketetapan hati kerana kemenangan
itu adalah bersama kesabaran. Sebagaimana yang
dikatakan bahawa batas antara kemenangan dan
kekalahan itu adalah kesabaran. Benarlah firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﻭَﺻَﺎﺑِﺮُﻭﺍ ﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮﺍ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ
‏(٢٠٠ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (di dalam menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di dalam peperangan) dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu berjaya (memperoleh kemenangan). (Ali Imran: 200)

Saudara pemuda muslim yang berjuang, majulah ke dalam saf-saf pejuang di jalan Allah.
Setiap kamu hendaklah meyakini bahawa kamu
berada di atas dua janji kebaikan, kemenangan atau syahid. Kemenangan yang menggembirakan
umat Islam seluruh dunia atau syahid yang akan memberikan kepada engkau kedudukan syuhada
dan ganjaran yang besar daripada Allah.

ﻭَﻣَﻦْ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻴُﻘْﺘَﻞْ ﺃَﻭْ ﻳَﻐْﻠِﺐْ ﻓَﺴَﻮْﻑَ ﻧُﺆْﺗِﻴﻪِ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻋَﻈِﻴﻤًﺎ
‏( ٧٤ ‏)

Maksudnya: Dan barang siapa yang berperang
pada jalan Allah lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberikan padanya pahala yang besar . (An Nisa': 74)

Ketahuilah saudaraku pemuda muslim yang berjuang, bahawa kita adalah dituntut bekerja dan kita tidak akan ditanya hasil dari
kerja kita. Allah telah menyuruh kita berjihad
menentang musuh Allah dan menentang permusuhan mereka, tetapi Dia tidak akan
menuntut kita menghasilkan kemenangan. Kemenangan adalah daripada Allah. Oleh itu Allah tidak akan menghalang ganjaran orang yang berjuang walaupun hasilnya jelas di hadapan manusia yang tidak menguntungkan umat Islam.

Ketahuilah wahai saudaraku pemuda
muslim di dalam saf pejuang bahawa engkau adalah menjadi sasaran yang besar dan mempunya nilai yang tinggi bagi musuh-musuh Allah sekiranya mereka berjaya mempegaruhi engkau.
Yang demikian itu bukannya hanya dengan semata-mata peperangan akan tetapi mereka akan
mencuba meracun, memperdaya dan memalingkan engkau ke arah mereka dengan janji-janji manis.

Ketahuilah bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal dan engkau adalah salah satu lubang orang-orang
yang beriman, maka jangan biarkan musuh datang dari sebelah engkau. Jadilah pengawal yang
terbaik di kawasan engkau dengan merasakan kelebihan Allah ke atas engkau dengan memberikan kelebihan jihad kepada engkau. Ingat kepada pahalanya yang besar. Pahala mengawal
atau berjuang di jalannya.

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ ‏(٥٨‏)

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) "Dengan kurnia Allah dan kasih sayangNya,
hendaklah dengan itu mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal). (Yunus: 58)

Sentiasalah engkau merasai bahaya dan
dosa bahkan azab yang pedih jika engkau lari
dari tempat dan peranan engkau atau engkau bertolak ansur dengan musuh Allah untuk mereka menyerbu dari sebelah engkau.
Saudaraku pemuda yang berada di dalam saf mujahidin, berhati-hatilah di dalam kerja dan waktu engkau serta melaksanakan apa
yang dituntut daripada engkau. Kelewatan sesaat atau kelalaian di dalam menunaikan perintah akan mendedahkan sebilangan besar jiwa di dalam saf mujahidin kepada kecelakaan dan pembunuhan atau membawa kepada jatuhnya tempat yang
penting ke tangan musuh.

Wahai pemuda muslim yang berjuang di segenap tempat, berpeganglah dengan kitab Allah, telitilah dan bacalah ia dengan sebenar bacaan.

Di dalamnya ada bekalan ayat mencukupi di atas jalan dakwah. Berhentilah di ayat-ayat dan surah-surah yang membicarakan tentang jihad dan
perperang di jalan Allah dan hafalkanlah sekiranya engkau mampu. Ia akan memberi kepada kamu bekalan yang kamu perlukan di dalam peperangan kamu dengan musuh Allah. Bacalah dan hayatilah perjalanan Imamul Mujahidin, Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya serta
peristiwa di dalam peperangan yang
menggambarkan gambaran-gambaran yang hebat tentang jihad dan contoh- contoh yang unggul di
dalam pengorbanan , kasih sayang, mengutamakan orang lain, persediaan dan perancangan.

Akhirnya Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:

Sesungguhnya umat yang mencari kemuliaan mati dan dia tahu bagaimana dia hendak mati di dalam keadaan yang mulia akan diberikan oleh Allah kehidupan yang mulia didunia dan di akhirat nikmat yang kekal. Kehinaan dan kerendahan yang menimpa kita sekarang ini adalah kerana cintakan dunia dan takutkan kematian. Perlengkapkanlah diri kamu untuk kerja yang besar dan kejarlah maut yang memberikan kepada kamu kehidupan yang mulia. Ketahuilah bahawa maut itu suatu yang pasti dan ia hanya
berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikannya dijalan Allah, itu adalah merupakan keuntungan didunia dan pahala di akhirat. Segala yang menimpa kamu adalah apa yang telah dituliskan oleh Allah
bagi kamu. Bekerjalah untuk kematian yang mulia, kamu akan memperolehi kebahagiaan yang
sempurna. Moga-moga Allah akan memberikan
kepada kamu dan kepada kami kesyahidan dijalanNya.

Wallahua'lam Bishawab

Wasallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

......................Tamat...................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan