Jumaat, 12 Jun 2015

Puasa

Dah nak masuk bulan Ramadhan ni, sya nak kongsi ilmu tentang puasa ne

⭐ ERTI PUASA

Puasa ialah menahan diri daripada makan,minum,dan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala.Begitu juga menahan diri daripada bercakap dan mendengar perkataan sia-sia,perkataan keji,perkataan menimbulkan syahwat dan menahan diri dari perbuatan2 lain yang membatalkan puasa.

⭐PEMBAHAGIAN PUASA

Puasa terbahagi kepada dua iaitu:

1: puasa Wajib
2: puasa sunat

⭐PUASA WAJIB.

👉Puasa di Bulan Ramadhan

Puasa dalam bulan Ramadhan ialah puasa yang di wajibkan oleh Allah Taala kepada seluruh umat islam yang telah akil baligh sebagai salah satu rukun islam kelima.Sesiapa yang meninggalkan puasa bulan Ramadhan maka wajib lah ke atas nya Qada' dan Kifarat.Sesiapa yang meninggalkan nya kerana uzur maka hanya di wajib kan Qada" sahaja tidak perlu kifarat.

👉 Puasa Qada'

Puasa Qada' ialah puasa yang Wajib di kerjakan menggantikan puasa Ramadhan yang di tinggalkan kerana sakit,musafir,haid,nifas,bersalin,atau sebagai nya.

👉 Puasa Nazar

Puasa Nazar ialah puasa yang WAJIB  di kerjakan apabila telah bernazar untuk memperolehi sesuatu yang di ingini.seperti contoh seseorang yang sakit telah bernazar akan berpuasa jika di beri kesembuhan,maka jika ia sudah sembuh WAJIB lah ke atas nya menunaikan puasa nazar nya itu.

👉 Puasa Kifarat .

puasa Kifarat ialah puasa yang wajib di kerjakan kerana melakukan perkara2 seperti berikut :

- Merosakkan puasa Ramadhan dengan bersetubuh di siang hari.Kifarat nya ialah Puasa dua bulan berturut2.

-Membunuh orang dengan tidak sengaja dalam bulan puasa.Kifarat nya puasa dua bulan berturut2.

-Mengerjakan sesuatu yang haram di lakukan semasa berihram yang tidak dapat di gantikan dengan sembelihan.Kifarat nya ialah puasa tiga hari.

-merosakkan sumpah dalam bulan puasa.Kifarat nya berpuasa tiga hari.

-menzihar isteri.Kifarat nya ialah berpuasa 2 bulan berturut2.

⭐ PUASA SUNAT.

Puasa Sunat ialah puasa yang di kerjakan semata-mata mengharapkan balasan pahala dan keampunan dari Allah.Puasa sunat ini boleh di kerjakan pada bila2 masa saja jika ada upaya kecuali pada hari yang di larang berpuasa.

⭐ JENIS-JENIS PUASA SUNAT

-Puasa Enam.

-Puasa Awal bulan Zulhijjah dari 1 hingga 8 zulhijjah.

-Puasa pada hari Arafah iaitu 9  Zulhijjah.

-Puasa pada 9 Muharram

- puasa pada hari Asyura.iaitu 10 muharram.

-puasa pada bulan Rejab..beberapa hari yang kuasa.

-Puasa pada Bulan Syaaban kecuali pada hari Syak iaitu 30 syaaban.

-puasa tiap hari isnin dan khamis

-puasa pada hari putih iaitu 13,14 dan 15 Qamariah (bulan hijrah)

⭐ RUKUN PUASA

* Berniat puasa

*menahan diri dari makan minum dan perkara membatalkan puasa.

⭐  SYARAT WAJIB PUASA.

* Islam

* Mukallaf (akil baligh dan berakal).Tidak wajib ke atas orang yang tidak berakal,gila,pengsan dan tidak wajib ke atas kanak2 yang belum baligh.

*Suci dari Haid dan Nifas

*menetap (bukan musafir).orang dalam bermusafir tidak wajib puasa tapi wajib ke atas nya Qada puasa jika meninggalkan puasa nya ketika bermusafir.

*kuasa ( orang yang lemah,sakit,uzur,tidak di wajib kan puasa)

3 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum.. boleh tahu apa makna 'zihar'?

    BalasPadam
  2. maaf ana late replay, Zihar adalah perbuatan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.

    BalasPadam