Rabu, 24 Jun 2015

Fi Sabilillah

Tajuk: Jihad Fi Sabilillah

✅Al-Hajj: 78,

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya)"

Apa dia jihad dgn sebenar-benarnya? Ada yg mengatakan ia adalah peperangan tetapi sebenarnya jihad ini luas maknanya. Kita di perintahkan oleh Allah untuk bejuang...bejuang untuk apa? Berjuang untuk menyebarkan, meluaskan lg agama Allah dgn sumber yg sohih, yang lurus, yang benar dan yang betul.

Jihad dari segi bahasa arab:
💠jahdu atau juhdu.
💠Tenaga atau kesusahan.

Jihad dari segi syarak ada 2 bentuk:
💠mengerah usaha
💠Tenaga

JENIS-JENIS JIHAD TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT:

1⃣JIHAD MELAWAN NAFSU

Jihad melawan nafsu ada 4:
💥Jihad dalam menuntut ilmu
💥Jihad mengamalkan  ilmu  yang  dipelajari  dan  berpegang  teguh   dengannya
 
Dari Abu Said Al-Khudri R.anhum meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah sallalahu alaihi
wasallam bersabda : Seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan
(ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (Sehingga maut menemuinya) dan
tempatnya ialah didalam syurga.
-(Hadith Riwayat Trimizi)-

Cahaya ilmu (nurul ilmi) tidak akan menetap dan tumbuh kecuali dalam diri manusia. Cuba
renungkan ayat “Dialah yang mengajari manusia apa yang belum diketahui!"
Maka, sesiapa yang kehilangan sifat kemanusiaannya, ia tidak akan bisa mendapatkan cahaya ilmu, betapapun usahanya mencari ilmu. Jika demikian, ilmunya hanya jasad yang kopong.
Madaratnya merusak alam lebih besar daripada kemanfaatannya

-Habib Ali al-Jufri-

Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila
engkau meminumnya. Begitu lah jika engkau belajar ilmu seratus tahun lamanya dan engkau
menghimpunkan seribu
buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dengan  mengamalkan ilmu. 

-Al imam ghazali, kitab ayyuhal walad-

💥Jihad dalam menyebarkan dakwah
💥Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah ke jalan Allah.

2⃣JIHAD MENENTANG HASUTAN IBLIS DAN SYAITAN

iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian  pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.
(Al-Araf : 16-17)

Bagaimana kita hendak melawan hasutan iblis dan syaitan?

✔Step 1:
Azam yang kuat  untuk memperbaiki diri sendiri

“Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu
kaum sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah al-Ra’d: 11)

✔Step 2:
Memahami ilmu dan petunjuk agama

✔Step 3:
Berpegang teguh dengan kebenaran

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Barang siapa yang berpaling daripada pengajaran Tuhan
yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah yang menjadi teman
yang selalu menyertainya.
(Surah al-Zukhruf: 36)

✔Step 4:
Mengukuhkan hubungan dengan Allah

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah apabila mereka
ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka
melihat kesalahan mereka.

(Surah al-A’raf: 201)

✔Step 5:
Berkumpul dengan orang-orang yang salih

Maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru tuhannya di
pagi dan senja hari dengan mengharap keredaannya (Allah), dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari (mereka) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah 18: 28)

✔Step 6:
Menggunakan neraca Allah dalam kehidupan

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir bergerak dalam negeri. Ini hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah al-Imran: 196 – 197)

Kita mesti selalu ingat seksaan kubur klau kita hendak lakukan sesuatu yg tidak baik. Ingat
semula apa sebenarnya tujuan kita berada d dunia yg fana ini?

Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda,إَ
“Sesungguhnya syaitan  bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam
tubuh badannya.”
-(Riwayat Bukhari dan Muslim)-

3⃣JIHAD MENENTANG GOLONGAN MUNAFIKIN

Golongan munafik terdiri daripada orang yang berpura-pura menganut Islam tetapi di dalam
hati amat memusuhi umat Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat
Islam dengan pelbagai cara. Antaranya, melalui penyebaran fitnah dan bekerjasama dengan
musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam.      

-> Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“wahai Nabi berjihadlah (menentang) orang kafir dan munafik itu dan bersikap
keraslah terhadap mereka. (Surah al-Taubah: 73)

Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah
“Jihad Orang Munafikin lebih susah daripada Jihad Orang Kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh
mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) daripada kalangan Umat Islam.”

4⃣JIHAD GOLONGAN AHLI BIDA’AH DAN PELAKU MAKSIAT

🌟a)Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bida’ah atau maksiat yang mereka lakukan, jika
tidak mampu.

🌟b)Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu

🌟c) Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya kerana Allah.

Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang bermaksud,
“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya;
jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan
itu adalah selemah-lemah iman”
(Hadith Riwayat Muslim).

5⃣BERJIHAD BERPERANG PADA JALAN ALLAH DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH

Allah berfirman Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan): kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh”

(surah Al-Baqarah, ayat 190)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan