Memaparkan catatan dengan label Jihad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jihad. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

Jihad part 5

Sambungan dakwah bertajuk JIHAD

Tajuk:Contoh Mujahid

Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam menyifatkan seorang daie mukmin yang berjihad dijalan Allah, beliau berkata: Aku boleh menggambarkan seorang mujahid adalah satu
peribadi yang telah menyediakan persediaannya,
memiliki kehebatan, hatinya sentiasa berfikir terhadap tugasnya dirinya dan hatinya, sentiasa
berfikir, sangat mengambil berat di dalam menyediakan persediaan.

Sekiranya dia di seru atau di panggil untuk berjuang, dia akan menyahut dan menjawab dengan cepat. Kerehatan, bermain dan segala
perlakuannya tidak akan melebihi batasan yang telah disediakan untuk dirinya. Dia tidak akan melakukan sesuatu perkara kecuali ia adalah merupakan keperluan bagi kehidupannya. Dia
berjihad di jalan Allah. Engkau dapat melihat
pada sinar muka dan air matanya. Engkau akan
dapat melihat pada pantulan lidahnya apa yang terkandung di dalam hatinya, keazaman yang benar, tugas yang tinggi dan matlamat yang jauh.

Kemudian Al Imam mensifatkan orang yang menyembah dunia, kekayaan dan kemewahan: Adapun orang yang tidur memuaskan dua pelupuk matanya, yang makan memenuhi perutnya, yang tertawa memenuhi rongganya dan menghabiskan
masanya dengan perkara yang sia-sia, melakukan perkara yang tidak berfaedah maka dia adalah jauh dari tergolong ke dalam golongan yang memperolehi kejayaan atau ditulis di dalam
bilangan orang-orang yang berjuang.

Bersambung......

Wallahua'llam

Ilmu Allah semuanya, persilakan kongsi. Sebarkan kebaikan, anda juga perolehi saham pahalanya. In shaa Allah.

Jumaat, 8 Mei 2015

Jihad Part 4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , Laila Sa'edah Jami'an

Sambungan dakwah bertajuk JIHAD

Perubahan Islam Dan Keperluan Kepada Jihad.

Perubahan Islam tidak mungkin dapat di capai tanpa jihad dan pentarbiahan kader-
kader yang berjuang di dijalannya. Tugas untuk membuat satu perubahan adalah merupakan tugas
yang berat.

Kuasa-kuasa yang ada samada yang jelas atau yang tersembunyi yang mengongkong kuasa pemerintahan di dunia ini adalah kuasa-kuasa jahat yang telah dibentuk oleh musuh-
musuh Islam untuk memainkan peranan ini
semenjak dahulu lagi.

Kuasa ini memiliki kuasa penindasan, kekerasan dan pemerasan.Untuk melenyapkan kuasa ini dan menegakkan Islam di tempatnya bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia tetap akan mempertahankan kuasanya hingga nafasnya yang terakhir.

Sebelum memulakan segala-galanya,tugas ini memerlukan kepada pentarbiahan jihad
yang boleh megeluarkan pejuang yang cintakan
kematian sebagaimana manusia cintakan untuk hidup. Mereka hidup memikirkan Islam dan persolannya siang dan malam.

Ringkasnya: Perubahan ini sudah semestinya perlu kepada tunggak yang kukuh dan
yang berupaya bertahan di dalam pertarungan yang keras ini. Berdiri menghadapi perancangan-perancangan jahat terhadap Islam dan berjuang di dalam segenap aspek dan bidang.

Mengorbankan
segala-galanya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini samada anak-anak yang syahid dan bersabar menanggung kelaparan,dahaga dan keletihan dan menggerunkan orang-
orang kafir dengan pengorbanan yang berterusan.
Mereka tidak akan tercicir dari seruan jhad.

Jalan kemenangan adalah jalan yang
penuh dengan kesakitan. Buminya dipenuhi dengan duri-duri dan langitnya adalah merupakan
angin taufan. Pertunjuknya adalah para syuhada' dan pejuang-pejuang yang telah membenarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah.

ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﺭِﺟَﺎﻝٌ ﺻَﺪَﻗُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻋَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻓَﻤِﻨْﻬُﻢْ ﻣَﻦْ ﻗَﻀَﻰ ﻧَﺤْﺒَﻪُ ﻭَﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻣَﻦْ ﻳَﻨْﺘَﻈِﺮُ ﻭَﻣَﺎ ﺑَﺪَّﻟُﻮﺍ ﺗَﺒْﺪِﻳﻼ ‏( ٢٣ ‏)

Maksudnya: Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.(Al-Ahzab:23‏)

Tunggak mereka ialah orang-orang yang
berpuasa di siang hari, bangun sembahyang di
tengah malam, orang-orang yang khusyuk dan bermunajat kepada Allah. Seorang abid di malam hari dan seekor kuda yang tangkas di siang hari.

Bersambung..

Khamis, 7 Mei 2015

Jihad part 1

7Dakwah Malam Jumaat Wal Barokah

Assalamua'laikum Warahmatullah Hiwabbarakkatuh

Selamat Malam Semua

Tajuk:JIHAD

Pengertian Jihad⤵

Pengertian jihad mengikut tata bahasa Arab ialah:
Bersungguh-sungguh menghabiskan seluruh kemampuan dan
tenaga daripada perbuatan atau pekerjaan.

Menurut istilah syara’ pula ialah : Seorang muslim
mengorbankan tenaga dan keupayaannya di dalam meninggikan
Islam kerana mencari keredaan Allah. Oleh itu jihad di dalam Islam telah dikaitkan dengan jalan Allah untuk menunjukkan kepada pengertian ini dan untuk menjadikannya jihad yang disyariatkan.

Dengan itu ayat-ayat Al-Quran mengiklankan bahawa jihad orang Islam yang mana di antaranya peperangan, adalah jihad di jalan Allah. Ini adalah berlainan dengan perjuangan orang-orang kafir. Perjuangan mereka adalah bukan di jalan Allah akan tetapi adalah di jalan syaitan.

ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕ
ِ
Maksudnya: Orang-orang yang beriman berperang di jalan
Allah, dan orang-orang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan) (An Nisa': 76)

Di dalam lingkungan perbincangan kita ini, ulamak salaf telah membawa beberapa pentakrifan terhadap perkataan jihad.
Ibnu Abbas berkata: Jihad adalah menghabiskan seluruh keupayaan kejalan Allah dan tidak takut celaan orang yang mencela. Muqatil berkata: Bekerja untuk agama Allah dengan sebenar-benarnya dan menyembahnya dengan penyembahan yang sebenar.
Abdullah bin Mubarak berkata: Ia adalah mujahadah diri dan hawa nafsu. Ustaz Said Al Butti berkata: Jihad adalah mengorbankan tenaga di jalan meninggikan agama Allah. Berperang adalah salah satu daripadanya. Matlamatnya ialah menegakkan sebuah masyarakat Islam dan membentuk sebuah daulah Islam yang sebenar.

Kedudukan Jihad⤵

Jihad di jalan Allah adalah setingi-tinggi kedudukan selepas keimanan kepada Allah.

ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﺧِﻔَﺎﻓًﺎ ﻭَﺛِﻘَﺎﻻ ﻭَﺟَﺎﻫِﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻜُﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ

Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang
pada jalan Allah) samada dalam keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan oleh
berbagai-bagai tanggungjawab), dan berjihadlah dengan
harta dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui. (At Taubah: 41)

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺍﺷْﺘَﺮَﻯ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﺃَﻧْﻔُﺴَﻬُﻢْ ﻭَﺃَﻣْﻮَﺍﻟَﻬُﻢْ ﺑِﺄَﻥَّ ﻟَﻬُﻢُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻴَﻘْﺘُﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳُﻘْﺘَﻠُﻮﻥَ ﻭَﻋْﺪًﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺣَﻘًّﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟﺘَّﻮْﺭَﺍﺓِ ﻭَﺍﻹﻧْﺠِﻴﻞِ ﻭَﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥِ ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻭْﻓَﻰ ﺑِﻌَﻬْﺪِﻩِ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﺎﺳْﺘَﺒْﺸِﺮُﻭﺍ ﺑِﺒَﻴْﻌِﻜُﻢُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺑَﺎﻳَﻌْﺘُﻢْ ﺑِﻪِ ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻫُﻮَ ﺍﻟْﻔَﻮْﺯُ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢُ ‏( ١١١‏)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-
orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan
syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil
serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah?. Oleh itu bergembiralah dengan
jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan ketahuilah
bahawa jual beli(yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar. (At Taubah: 111)

Firman-Nya lagi:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ ‏( ١٥ ‏)

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya
beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allahdan
RasulNya, kemudian mereka terus percaya (dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda
dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 15)

Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah
saw. telah ditanya: “Wahai Rasulullah saw., apakah yang
menyamai jihad di jalan Allah ?” Baginda menjawab: “ Kamu
tidak akan mampu melakukannya .” Mereka telah mengulangi
pertanyaan itu dua atau tiga kali, semuanya telah dijawab
dengan “ Kamu tidak akan mampu melakukannya ”. Kemudian
beginda bersabda: “Perumpamaan orang yang berjihad di
jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, berqiamullail
dan membaca Al-Quran, dia tidak berbuka dari puasanya, tidak
berhenti dari sembahyangnya dan tidak berhenti dari membaca
ayat-ayat Allah sehingga orang yang berjihad di jalan Allah
pulang (semula ke tempat tinggalnya)” (Riwayat al Bukhari
dan Muslim)

Imam Nawawi berkata di dalam menafsirkan hadis ini:

Hadis ini mengandungi kelebihan jihad yang besar,
kerana sembahyang, puasa dan bangun malam membaca ayat-
ayat Allah adalah seutama-utama pekerjaan. Sedangkan orang
yang berjuang di jalan Allah telah di samakan dengan orang
yang tidak berhenti walau sesaatpun dari melakukan
pekerjaan tersebut. Memang maklum bahawa ini tidak dapat
dilakukan oleh seorang-pun. Oleh itu Rasulullah saw. telah
bersabda”Kamu tidak berupaya .”

Daripada Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah saw. telah melalui satu lurah yang mempunyai mata air yang bersih dan jernih. Dia kagum dengan kesedapan mata air itu. Dia berkata di dalam dirinya:

“Kalaulah aku bawa orang ramai datang ke sini dan aku tinggal
di sini” Aku tidak akan melakukannya sehingga aku memberitahu Rasulullah saw. . Baginda bersabda:

“ Jangan lakukan itu, sesungguhnya seseorang kamu berada di jalan Allah adalah lebih utama dari sembahyangnya di dalam rumah
selama tujuh puluh tahun. Adakah engkau suka Allah mengampunkan dosa engkau dan memasukkan kamu ke dalam
syurga? Berperanglah di jalan Allah, sesiapa berperang di
jalan Allah dengan sekadar masa dua kali perah susu unta,
maka telah wajiblah baginya syurga.” (Riwayat At-Tirmizi katanya hadis hasan)

Daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki telahbertanya kepada Rasulullah saw. : “Wahai Rasulullah saw. tunjukkan kepada aku satu amalan yang menyamai jihad.” Baginda bersabda; “Aku tidak mendapatinya.” Kemudian baginda bersabda yang bermaksud: “ Adakah engkau berupaya, sebaik sahaja seorang mujahid keluar dari rumahnya, engkau pergi masuk ke dalam masjid dan bersembahyang tanpa berhenti dan engkau berpuasa tanpa berbuka?” Dia menjawab:

“Siapa yang berupaya melakukan itu semua ?” (Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar berkata: Inilah kelebihan yang nyata bagi orang yang berjuang di jalan Allah di mana jihad tidak boleh disamai oleh sesuatu amalan pun. Qadhi Iyadh berkata:

Hadis ini mengandungi pengagungan terhadap jihad sehingga
semua pergerakan orang yang berjuang di jalan Allah yang
harus, menjadi sama dengan pahala orang yang berterusan
dalam sembahyang dan lain-lainnya.

Wallahu Ta'ala A'lamu Bish-Shawab Bersambung..........

Jihad part 3

~Sambungan Dakwah~

Islam Adalah Seruan Jihad.

Di antara sifat utama Islam ialah ia merupakan seruan jihad yang berterusan dalam menghadapi kebatilan dan mencari kebenaran sehingga hari akhirat. Benarlah Allah yang telah berfirman:

ﻭَﻗَﺎﺗِﻠُﻮﻫُﻢْ ﺣَﺘَّﻰ ﻻ ﺗَﻜُﻮﻥَ ﻓِﺘْﻨَﺔٌ ﻭَﻳَﻜُﻮﻥَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻟِﻠَّﻪِ
Maksudnya:"Dan perangilah mereka, sehingga hilangnya fitnah dan supaya agama itu semata-
mata bagi Allah ." (Al Anfal: 39)

Di antara tabiat Islam ialah tidak berdiam diri terhadap jahiliah atau bekerjasama atau bertolak ansur dengannya.

ﻓَﺎﺻْﺪَﻉْ ﺑِﻤَﺎ ﺗُﺆْﻣَﺮُ ﻭَﺃَﻋْﺮِﺽْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ‏( ٩٤ ‏)

Maksudnya: Oleh itu sampaikan secara terus
terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu .(Al Hijr: 94)

ﻭَﺃَﻧْﺬِﺭْ ﻋَﺸِﻴﺮَﺗَﻚَ ﺍﻷﻗْﺮَﺑِﻴﻦَ ‏(٢١٤ ‏)

Maksudnya: Dan berilah peringatan dan amaran
kepada kaum keluarga kamu yang terdekat. (As
Syuara': 214)

ﻓَﻠِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﺎﺩْﻉُ ﻭَﺍﺳْﺘَﻘِﻢْ ﻛَﻤَﺎ ﺃُﻣِﺮْﺕَ ﻭَﻻ ﺗَﺘَّﺒِﻊْ ﺃَﻫْﻮَﺍﺀَﻫُﻢْ

Maksudnya: Oleh kerana yang demikian itu, maka
serulah mereka (wahai Muhammad kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau
menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan jangan engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (As Syura: 15)

Di antara tabiatnya lagi ialah ia menolak segala penyelesaian yang dikemukakan
yang bercanggah dengan manhaj Islam dan menganggapnya sebagai masalah bukannya penyelesaian.

Islam tidak menerima perkongsian dengan manhaj yang selain daripada manhajnya,
ugama yang selain daripadanya dan syariat yang selain daripada syariat Islam.

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺪِّﻳﻦَ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻹﺳْﻼﻡ
ُ
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam . (Ali Imran: 19)

ﻭَﻣَﻦْ ﻳَﺒْﺘَﻎِ ﻏَﻴْﺮَ ﺍﻹﺳْﻼﻡِ ﺩِﻳﻨًﺎ ﻓَﻠَﻦْ ﻳُﻘْﺒَﻞَ ﻣِﻨْﻪُ ﻭَﻫُﻮَ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻣِﻦَ
ﺍﻟْﺨَﺎﺳِﺮِﻳﻦَ ‏( ٨٥ ‏)

Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari selain
daripada agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak adalah daripada orang-orang yang rugi.(Ali Imran:
85)

Di antara tabiatnya ialah menjadikan
perundangan itu sebagai hak Allah semata-mata.Ia tidak menerima hukum selain daripada syariat
Allah.

Oleh itu ia menolak perundangan-perundangan ciptaan manusia seluruhnya.

ﻭَﺃَﻥِ ﺍﺣْﻜُﻢْ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻢْ ﺑِﻤَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻻ ﺗَﺘَّﺒِﻊْ ﺃَﻫْﻮَﺍﺀَﻫُﻢْ ﻭَﺍﺣْﺬَﺭْﻫُﻢْ ﺃَﻥْ ﻳَﻔْﺘِﻨُﻮﻙَ ﻋَﻦْ ﺑَﻌْﺾِ ﻣَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺇِﻟَﻴْﻚَ ﻓَﺈِﻥْ ﺗَﻮَﻟَّﻮْﺍ ﻓَﺎﻋْﻠَﻢْ ﺃَﻧَّﻤَﺎ ﻳُﺮِﻳﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻥْ ﻳُﺼِﻴﺒَﻬُﻢْ ﺑِﺒَﻌْﺾِ ﺫُﻧُﻮﺑِﻬِﻢْ ﻭَﺇِﻥَّ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟَﻔَﺎﺳِﻘُﻮﻥَ ‏( ٤٩ ‏)ﺃَﻓَﺤُﻜْﻢَ ﺍﻟْﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ ﻳَﺒْﻐُﻮﻥَ ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺴَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺣُﻜْﻤًﺎ ﻟِﻘَﻮْﻡٍ ﻳُﻮﻗِﻨُﻮﻥَ ‏( ٥٠ ‏)

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan jangan-lah engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari seuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allahitu) maka ketahuilah bahawa Allah mahu menyeksa
mereka dengan dosa-dosa mereka, dan
sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu ,patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-
hukum jahiliah? dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukuman Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al Maidah: 49, 50)

Di antara tabiatnya lagi ia tidak meredhai kehinaan bagi penganutnya. Tidak
menerima kehinaan dan kerendahan bagi mereka.

ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻌِﺰَّﺓُ ﻭَﻟِﺮَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﻟِﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ

Maksudnya: Padahal bagi Allah sahajalah
kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman .(AlMunafiqun: 8)

ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻣَﻌَﻪُ ﺃَﺷِﺪَّﺍﺀُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻜُﻔَّﺎﺭِ ﺭُﺣَﻤَﺎﺀُ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻢْ

Maksudnya: Nabi Muhammad saw. adalah sebagai Rasul Allah, dan orang-orang yang beriman yang bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya berkasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)….. (Al Fath: 29)

Kemudian Islam menganggap jihad
sebagai satu jalan untuk menuju ke syurga, jalan kepada keredhaan Allah dan nikmat akhirat.

Meninggalkan jihad dan lari daripadanya akan
mengakibatkan kehinaan dan kerendahan.

Rasulullah saw. telah besabda:

Maksudnya: Ketahuilah bahawa syurga berada dibawah naungan pedang-pedang . (Riwayat AlBukhari dan Muslim)

Jamaah Islam walau di mana dan masa mana ia berada adalah merupakan sebuah
pergerakan jihad yang mana matlamat asalnya
ialah memperhambakan manusia kepada Allah dan mejadikan hakimiah itu hanya bagi Allah sahaja.

Kitab Allah menyifatkan jamaah Islam dengan
firmanNya:

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ
ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ ‏( ١٥ ‏)

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang sebenarnya
beriman ialah orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya kemudian mereka (terus percaya ) tanpa ragu-ragu lagi, serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al Hujurat: 15)

Rasulullah saw. telah menyifatkan jamaah Islam dengan sabdanya:

"Sekumpulan umat dari umatku akan sentiasa
mempertahankan kebenaran. Mereka tidak digugat oleh orang yang tidak menolong mereka, sehingga datangnya hari akhirat sedangkan mereka adalah tetap seperti itu ." (Muttafaqun ‘Alaih)

Umat Islam yang awal mengetahui bahawa mereka adalah umat jihad , lalu mereka
hidup sebagai pejuang di jalan Allah dengan
harta dan jiwa mereka. Mereka memperkatakan
kebenaran, menyuruh manusia kepada kemakrufan,melarang daripada kemungkaran, menegakkan keadilan dan tidak takut kepada celaan orang
yang mencela di jalan Allah.

Mereka tidak gentar kepada cabukan
pemerintah, pukulan penyebat dan tali gantung,bahkan mereka akan merasa nikmat berjuang dijalan Allah ini. Pedoman mereka ialah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. ketika
menghadapi cobaan:

Maksudnya: Sekiranya ianya bukan kemurkaanMu
ya tuhanku maka aku tidak akan menghiraukannya.
Jamaah Islam tidaklah hidup dengan mengasingkan diri daripada dunia manusia dan pertarungan mereka hanya di dalam hal kerohanian sahaja, tanpa mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka dari tipu daya dan perancangan
jahat terhadap Islam serta usaha memburuk-
burukkannya dan menghapuskannya dari muka bumi ini.

Oleh itu Rasulullah saw. telah marah ketika dibawa kepada baginda seorang lelaki yang
beribadat di bukit dengan bersabda:

"Jangan lakukan itu, sesungguhnya berdirinya kamu di jalan Allah adalah lebih baik daripada sembahyang di dalam rumah selama tujuh puluh tahun ." (Riwayat At Tirmizi dan katanya hadis hasan)

Bersambung.....

Wallahua'llam

Laila Sa'edah Jami'an

InShaaAllah sambungannya esk

Jihad Part 2

Sambungan..

Bahagian Dan Kewajipannya.

Jihad di jalan Allah ada berbagai jenis. Di sana ada jihad dengan lidah dengan menerangkan syariat Allah dan menolak kebatilan
yang diadakan ke atas Islam. Jihad dengan harta dengan menafkahkannya kepada jalan kebaikan,
lebih-lebih lagi kepada orang yang berjuang di
jalan Allah dengan membeli senjata dan bekalan makanan untuk mereka. Dan juga jihad dengan jiwa dan nyawa dengan memerangi musuh Allah.

Apabila disebut sahaja perkataan jihad biasanya yang dimaksudkan dengannya ialah
jihad dengan jiwa dan nyawa iaitu berperang.
Sebagaimana jihad dengan jiwa biasanya diiringi dengan jihad dengan harta, sebagaimana yang
dapat kita lihat di dalam ayat-ayat Al-Quran. Di antaranya firman Allah:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻫَﻞْ ﺃَﺩُﻟُّﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓٍ ﺗُﻨْﺠِﻴﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏٍ ﺃَﻟِﻴﻢٍ ‏( ١٠ ‏)ﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﺗُﺠَﺎﻫِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻜُﻢْ
ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ‏(١١ ‏) ﻳَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻜُﻢْ ﺫُﻧُﻮﺑَﻜُﻢْ ﻭَﻳُﺪْﺧِﻠْﻜُﻢْ ﺟَﻨَّﺎﺕٍ ﺗَﺠْﺮِﻱ ﻣِﻦْ ﺗَﺤْﺘِﻬَﺎ ﺍﻷﻧْﻬَﺎﺭُ ﻭَﻣَﺴَﺎﻛِﻦَ ﻃَﻴِّﺒَﺔً ﻓِﻲ ﺟَﻨَّﺎﺕِ ﻋَﺪْﻥٍ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻔَﻮْﺯُ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢُ ‏( ١٢ ‏)ﻭَﺃُﺧْﺮَﻯ ﺗُﺤِﺒُّﻮﻧَﻬَﺎ ﻧَﺼْﺮٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻓَﺘْﺢٌ ﻗَﺮِﻳﺐٌ ﻭَﺑَﺸِّﺮِﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ‏( ١٣ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Denganitu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu,dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan
sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.(As Saf:10-13).

Jihad dengan jiwa dengan memerangi
musuh-musuh Allah adalah di antara fardu kifayah di dalam keadaan yang biasa. Akan tetapi ia menjadi fardu ain apabila orang kafir menjajah ataupun diarahkan oleh pemerintah untuk keluar berperang.

Imam Ibnu Arabi Al Maliki berkata:

"Apabila arahan perang itu umum kerana
pencerobohan musuh ke atas negara Islam ataupun pelampauan mereka ke atas tawanan perang, maka
wajib ke atas semua orang untuk keluar berperang samada di dalam keadaan yang mudah ataupun sulit, berkenderaan atau berjalan kaki, hamba
ataupun orang yang merdeka serta orang yang mempunyai ayah tanpa izinnya.Sehingga Allah menzahirkan agamaNya dan menghina musuh
(dengan kekalahan) dan berjaya membebaskan
tawanan. Tidak ada perselisihan di dalam masalah ini."

Oleh kerana jihad adalah di antara
kefarduan Islam maka ayat-ayat Ilahi telah
mengagungkannya. Allah menyuruh supaya
menyediakan persediaan yang perlu baginya.

ﻭَﺃَﻋِﺪُّﻭﺍ ﻟَﻬُﻢْ ﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻄَﻌْﺘُﻢْ ﻣِﻦْ ﻗُﻮَّﺓٍ ﻭَﻣِﻦْ ﺭِﺑَﺎﻁِ ﺍﻟْﺨَﻴْﻞِ ﺗُﺮْﻫِﺒُﻮﻥَ ﺑِﻪِ ﻋَﺪُﻭَّ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻋَﺪُﻭَّﻛُﻢْ

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al Anfal: 60)

Segala perkara yang menghasilkan kekuatan dan diperlukan di dalam peperangan adalah wajib disediakan dan dihasilkan. Ia adalah
berbeza dengan perbezaan zaman dan keadaan.Tidak syak lagi bahawa di antara wasilah-wasilah terpenting di zaman kita sekarang ini ialah
mengetahui dan mahir di dalam berbagai bidang ilmu dan seni perusahaan yang penting untuk
menyedia dan memperlengkapkan kelengkapan perang.

Mempelajari ilmu ini adalah di antara fardu
kifayah kepada umat Islam.Ini adalah kerana :
Sesuatu yang tidak
akan sempurna sesuatu kewajiban kecuali dengannya maka ia adalah wajib.Diantara yang dituntut daripada
seorang muslim ialah dia hendaklah mempelajari
apa yang terdaya daripada perkara yang
bersangkutan dengan peperangan seperti memanah dan menikam serta mengajarkannya kepada orang lain dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.

Imam Ibnu Taimiah telah menjelaskan
perkara itu dengan berkata: Mempelajari
perusahaan ini( perusahaan alat-alat
peperangan) adalah di antara amalan soleh bagi sesiapa yang hendak mencari keredhaan Allah.

Sesiapa yang mengajarkan kepada orang lain daripada ilmu itu adalah merupaka rakan kongsi di dalam jihad yang dilakukannya, pahalanya tidak
akan berkurangan walaupun sedikit.
Saidina Umar berpesan kepada orang Islam dan penduduk wilayahnya:

"Ajarlah anak-anak kamu dengan memanah dan menunggang
kuda." Di dalam satu hadis daripa Rasulullah
saw.:

"….. sesiapa yang diajarkan kepadanya
memanah kemudian dia meninggalkannya maka dia bukan dari kalangan kami atau dia telah engkarkan aku.” (Riwayat Muslim)

Jihad adalah suatu perkara yang daruri untuk mengekalkan umat Islam sebagai satu
umat yang kuat, digeruni dan jauh dari menjadi mangsa orang kafir dan munafiqin.

Sebagaimana jihad itu sendiri menjadi bukti pemutus kepada
keimanan seseorang muslim, cepatnya dia kepada apa yang disukai oleh Allah dan bersegeranya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan apa yang ada di sisinya. Oleh itu Allah mencela orang-orang yang meninggalkan jihad dan lari daripadanya.

FirmanNya:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻗِﻴﻞَ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻧْﻔِﺮُﻭﺍ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛَّﺎﻗَﻠْﺘُﻢْ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷﺭْﺽِ ﺃَﺭَﺿِﻴﺘُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻓَﻤَﺎ ﻣَﺘَﺎﻉُ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻ ﻗَﻠِﻴﻞٌ ‏( ٣٨ ‏)

Maksudnya: Wahai orang-orng yang beriman! Mengapa kamu apabila di perkatakan kepada kamu:

"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah" kamu berasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan
kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanyalah sedikit berbanding dengan kesenangan hidup di akhirat. (At Taubah: 38)

Meninggalkan jihad adalah sebab yang
membawa kepada kehinaan, kecelaan, hilangnya tanah air dan penguasaan orang kafir ke atas negara Islam. Ini adalah di antara azab yang telah
dijanjikan oleh Allah kepada orang yang
meninggalkan jihad. Allah berfirman:

ﺇِﻻ ﺗَﻨْﻔِﺮُﻭﺍ ﻳُﻌَﺬِّﺑْﻜُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺃَﻟِﻴﻤًﺎ ﻭَﻳَﺴْﺘَﺒْﺪِﻝْ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﻏَﻴْﺮَﻛُﻢْ ﻭَﻻ ﺗَﻀُﺮُّﻭﻩُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ( ٣٩ ‏)

Maksudnya: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamanya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya
sedikitpun kepadaNya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu .(At Taubah:39)

Imam Ibnu Arabi berkata di dalam tafsirnya: Di dalam ayat ini mengandungi ugutan
dan janji yang tegas terhadap orang yang
meninggalkan jihad memerangi orang kafir supaya agama Allah menjadi tinggi. Adapun jenis azab,Imam Ibnu Arabi berkata: Di dunia ialah penguasaan musuh terhadap umat Islam dan di akhirat pula ialah penyeksaan api neraka. Sejarah dahulu dan sekarang
menegaskan apa yang telah disebutkan oleh Imam itu. Umat Islam telah ditimpa kehinaan dan orang kafir telah membelenggu mereka.

Ini adalah kerana
mereka meninggalkan jihad yang telah dituntut dari mereka.

Bersambung..